home

My photo
I dont judge people but I do observe. A quiet gurl but not my brain. Single yet i eat double. Praise me then u are my enemy, honesty is what i call friend. I dont hold back when i talk, soo.. dont get offended by that k.

Followers

Saturday, December 31, 2011

December terakhir..

Harapan dan azam untuk tahun mendatang...


MUDAH-MUDAHAN BERJAYA MENJADI PELAJAR PERUBATAN HINGGA TAHUN AKHIR!

Saturday, December 24, 2011

Membela belaan..

Salam update!

Lama den tak update kan? Normal la.. student macam den nih. Banyak benda nak kena buat.

Btw, den tengah rasa happy bercampur-campur nih!
Minggu lepas den pindah umah.
Balik umah lama den.. 7 tahun lepas.
Masa den abes je dapat result UPSR, terus den memblah-kan diri den ke perantauan.. Selangor nun..
Sekarang ni den dah balik tempat asal den.. KEDAH DARUL AMAN! :)

Nak citer. Den rasa teruja + terharu + tacinggggg giller weyh! Dapat tinggal umah ni balik..
huhu..sobss!

Actually.. ada 1 benda lagi nih.
Aku  amat2 lah teringin.. terliur.. NAK BELA IKAN!
Seyesly.. aku teringin nak ada 1 akuarium sekarang ni!

Aku nak bela ikan kecik2 yang warna warni..
Nak dengar bunyi ayaq dalam akuariun tuu.. :(

Sape baik hati nak hadiahkan aku akuarium 1 ?
@_@
 

Wednesday, December 7, 2011

Hak pengguna tercabar!

"Nak meniaga buat cara nak meniaga bang!" getusan hati aku.

Alkisah.. tadi aku g lepak2 kat R&R Pantai Bersih. Hajat dihati nak makan koteaw kerang kat situ. Well.. favorite. Punyalah berlagak, tak nak beli yang ade jual kat kedai depan kolej aku. Nak jugak kat Pantai Bersih! Kalah orang ngidam pulak.

7 orang kami semuanya. 2 biji keta. 1 keta tu, pagi2 dah bergerak meninggalkan kolej. Tengok Ombak Rindu kata mereka..
So, tinggal la kami ber-3, kuar lewat sikit. Pukul 5 baru jalan. Nak layan Ombak Pantai je bang! Ahah. Memang basah kaki la. Takde nak basah mata macam bebudak 4 orang lagi tu. Dorang plak, after wayang, terus gerak ke situ..

Layan2 ombak dan berdrama skit.


Lepas tengok sunset, baru g redah gerai2 kat situ. Cari koteaw kerang. Tapi takde pulak katanya..
Hmm.. layan Char koteaw je lah. Janji koteaw!Yang lain dengan selera masing2 la. 

Nak dijadikan cerita, member aku nih order air suam. Giller punya bersih la kedai nih. Dalam air a.k.a ayaq tu boleh lak ada 3 ekor semut buat tarian Hawaii dalam gelas tu!

Hmm.. takkan tak nampak bang?! 3 ekor kott.. bukannya sekor. Dah tu pulak dalam air suam, bukan air kopi. Konfem nampak! Nak kate semut dari gula, memang tak masuk akal la kan.

Okay. Takde sape bising pon. Just panggil abang tu tukar je air baru. 

"Nak meniaga buat cara nak meniaga bang!"

Bukan aku panas pasal ade semut. Tapi cuba tengok balik gambar kat atas. Boleh plak dia g hempas gelas tu atas meja!

Aishhhh... Takde adab betul! First time aku tengok orang camni. Apesal nak bengang ngan customer lak? Orang mintak tukar air ngan cara baik. Bukan bising2 pon! 

Aishhhh.. Tak pasal2 aku bising dalam blog! Aishhhhh... ( terpengaruh crita korea lak buat bunyi camni. ~~'' )


Friday, November 25, 2011

Akibat Terr-lalu kreatif..

Cikgu yang paling korang takleh lupa?

Ada ke tak? Btw, aku ada. Banyak sebenarnya. Kalo nak story memang panjang ah. Tapi takpe.. biar aku kecilkan kriteria pemilihan cikgu yang tak dapat aku lupa. 

Selain dari cikgu kegemaran, cikgu yang sukar untuk kita lupakan ialah cikgu yang pernah memberi 'sesuatu' kepada kita! Sesuatu itu tidak bermakna hanya ilmu yang dicurahkan, boleh juga suatu kenangan yang.......ehem!


Dulu2, nak dapat kapur baru kena p amik kat pejabat sekolah!





Teringat aku ketika waktu aku masih di awal persekolahan. Dalam erti kata lain, waktu tu umo aku baru 7 tahun. Sangattt hingusan! 
Tapi takpe. Jangan risau. Aku sangat2 yakin dan pasti, mak aku ade bekalkan tuala goodmorning kepadaku. Yela..as budak hingusan.

Ahah! Siapa faham ayat aku nih memang otak sengal ah! Yang tak faham mesti baca 2-3 kali kan?? 

Nak baca lagi ke? Abaikan..kadang2 ayat penuh setiap ayat yang aku taip kat sini hanya bermain2 di kepala lutut  otak aku je. ~~''



**
Cerita bermula pada suatu petang yang damai. Aku dan adik ku melepak-lepak di pangkin di bawah pokok nangka yang belum berbuah sulung. Baiknya aku, kerana sangat tekun menyiapkan kerja matematik  *dulu muda2 aku belajar matematik dalam BM . 

Sambil2 tu, mata aku mecuri pandang bapakku yang sedang membakar sampah. "Oh daddy..please go away..ehem!" <--- tapi dalam hati jela.
Sampai 1 saat kegemilangan tu, bapakku melangkah masuk ke dalam rumah. 

Gembira.



"Eh2. Api nak padamlaaaaa.." 

Minda ku yang luar biasa bijak telah mengeluarkan mentol idea. Buku latihan matematik kesayangan ku mula tersipu resah. 

"Isk..berakhirlah riwayat aku, Sebuah Buku Matematik!" Ah. Aku arif sangat dengan buku ku yang sangat suka bermonolong nih.

Tanpa riak bersalah, aku koyakkan muka-muka surat terakhir buku latihanku. Takkan nak koyak m/s depan kot?! Pakai akai la sikit bro!

Satu demi satu kertas dari buku aku koyak. Dengan idea
untuk memanjangkan hayat api yang membakar sampah, kertas perlu  melakukan pengorbanan!

dan hipotesis :
semakin banyak kertas terkorban, semakin kuat nyalaan api.
***

Esoknyaaaa..

Memang habuan ah! Cikgu matematik aku, Cik Norma rasanya, panggil aku mengadap di hadapan kelas. Muka cikgu aku tuuu...ah, lagi merah kulit aku rasanya!
Aku disoal bertubi-tubi.

"Kenapa buku kamu koyak2 ni?!"

eh? terkoyak? terkoyak sendiri kot cikgu.. <-- dungu gila aku!

"Oh? Terkoyak sendiri.. hantu mana nak buat hah?! "

Pergh! dia punya jerit.....
Habuan aku. Dapat ketam masak lemak cili api pedas gila berasap. Elok je hinggap kat perut aku. DUHH! ~~''

Oh..baru ceq tau.. apa2 yang kita buat sebenaqnya cikgu dapat trace. Macam guna sihir bawah umur depan muggle!

moral kejadian ni :: Semua cikgu yang mengajar math kat aku memang jadi cikgu favourite aku. Terima kasih cikgu!!

Pengajaran :: jangan sekali-kali koyak buku di helaian belakang sekali. Kerana yang belakang tidak akan pernah meninggalkan depan. Koyaklah helaian di bahagian tengah sebuah buku! Depan dan belakang, forever together!

Wednesday, November 23, 2011

Apa akan jadi kalau blog mula bersuara?

Assalamualaikum..

Dah lama aku tak update entry kan? Sebetulnya aku kekeringan idea. Bukan aku tak cuba. Bahkan berkali-kali! Tapi tak mampu untuk aku bermadah merapu lagi. Hilang mood! Hilang mood disebabkan kesibukkan melayan masalah2 dalam study yang menimbun.

Entry ni memang bukan entry merapu sebagaimana dulu. Terserah kepada anda. Ingin teruskan pembacaan, atau  sampai di sini saja.

Sesak. 
Pemikiran dan perlakuan yang tidak selaras. Tidak seirama. Jujur aku penat.
Penat memikirkan penyelesaian bagi masalahku. Mampukah aku meneruskan pengajian dalam bidang ni lagi?
Berundur atau tidak?

Medic. Satu skop yang tidak pernah terlintas dibenak mindaku selama aku bergelar pelajar sekolah menengah! Namun kejayaanku menginjakkan kaki dalam bidang ini sebenarnya telah menimbulkan seribu satu pertanyaan kepada diriku sendiri. Zaman Pre-Medic telah lama berlalu. Dan sekarang aku sedang berjuang untuk menghabiskan degree dalam masa 5tahun.

Jika masa mampu diputar kembali, memang aku taknak masuk bidang ni! Minat ku pada angka. Betapa mudah mengira dari menghafal! Dan sekarang, setiap detik, aku tak mampu menahan diri dari menyesali bidang yang aku ceburi ini.

Sedih. Kerana aku umpama tidak bersyukur dapat belajar dibidang ini. Padahal beribu-ribu manusia lain yang berharap dapat mengisi tempatku. Aku faham bahawa Allah tidak sekali-kali membebankan hambanya dengan sesuatu di luar kemampuan hambanya..
Namun.. nafsuku tetap menyalahkan orang lain, kerana seolah-olah mereka yang memaksaku untuk mengambil bidang ini suatu masa dahulu.
Ini yang aku dambakan! Bukan hafalan!!

Mak dan abah. Sesungguhnya kakak tak sanggup nak further dalam bidang ni lagi. Tapi, berundur tidak sesekali! Doakanlah kakak boleh harungi semua kesusahan menghafal dan memahami setiap yang kakak pelajari. Kerana sesungguhnya kakak sangat benci untuk membaca dan menghafal!! isk! T.T

*kalaulah mak dan abah baca ni.. (tapi tak mungkin! T.T )

Jujur. Aku tertekan!

Friday, November 11, 2011

Tekanan.

Tak tahannyaaa!

Banyaknya nak kena study. Nak kena ingat.
Argh! Tekanan melampau-lampau!

Nak nangis!! :''(

Wednesday, November 9, 2011

Fakta : Broadband slow mampu menambah-baik bahasa!


Bukan entry wordless mahupon speechless
Bukan jugak cliche mahupon Perancis



Ditambah lagi dengan post2 bermadah pujangga bukannya cinta d facebook rakan-rakan saya.
Ouch!
Broadband.. sampai hati anda!

Tuesday, November 1, 2011

Imaginasi seorang budak

Imaginasi yang sangat tinggi!

Baru2 ni aku sembang2 la dengan mak aku. Kongsi2 kisah lama. Nostalgia2 lama.. Best gilak wa cakap lu! Aku rasa aku berjaya membuatkan mak aku rasa muda!

Ah! Mesti korang ingat aku sweet kan?

Ada satu kisah. Kisah pasal aku. Aku tak sure lak umo aku berapa time tu. Dan aku lupa. Padahal mak aku ada cakap hari tu. Haih..ni mesti sebab aku makan kepala ikan bilis baru2 ni. Ciss!

Ok. Yang pasti, umo aku dalam 2 atau 3 tahun la. Sebab aku je anak mak aku time tu. Adik aku cakap dia nak lepak dalam perut mak aku dulu.
Punyalah tinggi imaginasi aku..

Berbalik pada 1 kisah ni..

Korang pernah naik sampan tak? Bot ke? Pernah? Pernah?!
Aku rasa aku tak pernah.

Tapi ini kisah tentang sampan dan aku.

Sampan kecil itu..
Aku rasa masa aku kecik2 dulu aku sangat teringin nak naik sampan. Atau mungkin bot? Aku rasa bapak aku pernah nak bawa aku naik. YA!

Memang pon! Time aku type ni pulak aku boleh teringat. Haha
Hebat gak long-term memory aku nih. Aiseh..

Tapi bila dah sampai kat jeti tu, aku rasa macam tak jadi nak naik. Sebab aku takot. Takot air la lettew..

Walaubagaimanapun..hasrat aku tidak terkubur begitu saja.

Satu hari yang tenang tu. Rasanya time tu mak aku tengah sibuk masak2 untuk tengahari kot. Aku cilok tudung saji mak aku. Tudung biru berbentuk seperti tempurung kelapa yang dibelah tengah. Tudung itu diperbuat daripada plastik. Dan bukannya dari tempurung kelapa. Harap anda tidak keliru!






Senyap2 aku amik marker yang bapak aku letak kat white board. Ye. Bapak aku rajin ngajar aku guna white board nih! ;)

Tudung saji itu aku terbalikkan. Jadi.. ia menjadi tidak stabil. Kejap2 tebalik ke kanan.. kejap2 ke kiri. Selamber je aku masok dalam tudung saji tu. Bersila dalam tudung saji. Aku goyang kepala aku ke kiri dan kanan. Kiri.. kanan.. Sekali ngan badan pon ikut skali rentak kepala aku. Aku ingat lagi. Aku rasa macam terumbang ambing.

Ah! Korang pon goyang2 kepala ke? Hmmpp...
Bukan terbalik macam ni. Arah 1 lagi. Ke ATAS

Macam ape je. Umpama diriku berada dalam sampan kecil. Teralun-alun mengikut rentak alunan ombak laut. Sambil2 tu. Boleh pulak aku amik marker biru bapak aku, den aku buat corak alun2 kat dinding! Pergh! Nak jugak ada bayangan air laut!

Kesudahannya.. Bapak aku punyalah terkejut! Dinding tu baru je dia cat. Putih bersih plak tu. Dek kerana aku yang berimaginasi tinggi ni.. Haih..

Ingat senang2 je ke boleh lepas? Padan muka aku! Free je kena tangan ngan bapak aku. Dia suruh aku padam balik kesan marker pen tu kat dinding. Dalam Kesedihan aku amik kain buruk. Basahkan. Dan aku sental dinding tu. Tragik jugak lah wa cakap lu! Mana mungkin kesan marker pen biru itu mampu hilang begitu sahaja! Berilah aku sabun Varnish sekalipon!

Tapi sekarang. Bila aku teringat balik. Aku rasa macam.. HAHA. Lawak gila ah! Sampai macam tu sekali aku teringin nak naik sampan!!

Sunday, October 30, 2011

Perbezaan ketara Aidiladha dahulu dan sekarang!

Bercakap pasal Raya Haji atau Aidiladha, banyak perbezaan antara dulu dan sekarang.

Aku ingat lagi. Sat. Sebelum tu. Kampung aku sebelah mak n abah, kedua-duanya terletak di Alor Star.

Adakah anda tahu bahawasanya  AIDILADHA disambut MERIAH di KEDAH dan KELANTAN?

Mungkin ada juga kemeriahan di tempat lain? Mungkin?

Kalau dulu2.. masa aku budak2 lagi, pagi2 raya lagi aku dah tercongok tercenguk terpacak depan umah tok aku. Terpacak di depan rumah tok. Sebab..

Umah tok aku merupakan tempat warga kampung di situ untuk bersolat hari raya. 

*Nak dijadikan cerita..

Tok wan aku. Haha. Biarkan aku mengenang nostalgia lama. 
ARWAH Tok wan aku.. isk3.. 
   Beliau merupakan imam solat hari raya. Setiap kali solat raya, memang dia lah yang jadi imam. Tapi kalaupon ada sesekali orang lain yang mengambil tugas itu.. tidak lah dapat ku pastikan.

Terus-terang. Aku tak pernah solat hari raya! Nanti! Jangan salah paham. Aku masih kanak2 ribena di kala itu.. ahakss!

Berbalik pada cerita utama. Usai saja solat hari raya, aku, sebagai CUCU TUAN RUMAH mengepalai barisan kanak2 beratur di hadapan tangga. Hehe.

Duit raya harus sampai ke tangan cucu tuan rumah dulu! Sape potong 'turn' memang nahas r. Sepupu sepapat aku melebihi 10 orang. Jadi.. silalah beri laluan kepada cucu2 Haji Ramli yer!

Dan seterusnya.. bermulalah pengembaraan mengutip duit raya. Habis 1 kampung kami geledah!
PERHATIAN : sesi kutip duit raya Haji.. bukan Aidilfitri!

Okay. Taknak nak crita banyak2. Aku je yang syok sendiri nanti. Haha!
Mai nak tunjuk sikit perbezaan Aidiladha DAHULU dan SEKARANG

Selepas sembahyang raya.

DULU : .  pesta kutip duit raya. Yang tua2 pon sibuk berkonvoi ke rumah member2.

SEKARANG : .  Balik je sembahyang.. layan r crita2 ngarut kat tv

Duit raya.

DULU : .  boleh didapati di semua rumah. Kenal atau tidak kenal, belakang kira.

SEKARANG : .  sangat sukar dipeolehi! Bukan kerana aku bukan lagi kanak2.. adik2 aku pon susah nak dapat duit raya

Ziarah.

DULU : .  Wajib untuk melawat jiran2 tetanga dan tak bertangga. Selalunya ikut mak dan abah la.

SEKARANG : .  Lawat? Apehal? Lepak umah la bhai! ( tapi aku tak buat la macam ni! )

Itu semua perbezaan Aidiladha di kampung aku, di Kedah.
Tapi kalau nak dibandingkan KEDAH dan SELANGOR.. yelaa..aku pernah tinggal kat situ 8 tahun..

Memang sangat ketara la perbezaan KEMERIAHAN SAMBUTAN AIDILADHA kedua-dua negeri ini.

*Masa tahun 2005..

Abes je sembahyang raya, aku dan adik2 aku semangat je pakai baju raya. Nak pau duit raya kat jiran sebelah. Tapi aku TERKEJUT! 

Boleh pulak jiran aku selamber dek je pakai seluar pendek membasuh kereta! Siap  tanya aku nak p mana?! isk3.. kuciwa! Tidak kuharapkan duit raya..

So, bagi mengembalikan nostalgia beraya.. mak aku BUAT RUMAH TERBUKA. Jemput la semua kerabat2 negeri KEDAH. 

Sumpah! Semua jiran aku tengok kepelikan! Hahakss! 
Orang2 selatan sambut Aidilfitri je meriah. Kalau buat rumah terbuka tuu.. siap boleh extend masok bulan Zulkaedah! Hehe. Kenyataan dari pengalaman hidup aku yer.. Tolong jangan sentap! ◕‿◕。

Wednesday, October 26, 2011

Baru 1st time ada henset..

Bila korang 1st time pakai henset?

Kalau dihitung-hitung zaman sekarang.. budak2 darjah 1 pon dah pakai henset. Sepupu aku yang baru berapa tahun pon dah pakai henset. Walaupon dorang tak reti nak call sape2..texting.. lagi la. Tipula kalo dorang dah kenal huruf kan..

Zaman aku dulu, budak2 sekolah rendah jarang la dapat pakai henset. Kalau ada tu, konfem la budak tu anak tokey! Haha.

Takde la hiperbola sangat. Cuma kesimpulannya, budak2 dulu tak kenal sangat henset2 semua ni.

Aku 1st time pakai henset ni masa lepas UPSR.
Haha..teringin weh!

Banyak kali gak aku cuba mintak kat bapak aku. Tapi SORRY laaa... Takde makna bapak aku nak beli kat aku. Nak  buat apa? Bukan keperluan pon masa dulu...

Pujuk punya pujuk..

Akhirnya bapak aku setuju! Pergh!!
Berbunga-bunga aku rasa!

Tapi ada SYARAT laa..
Ingat senang2 ke nak mintak kat bapak aku? Haha.. o.O''

Abah : Nak henset boleh.. tapi ada syarat. 
Aku : Yes!! Syarat apa pulak... =.=''
Abah : Hang bagi dapat 5A dulu UPSR ni.. baru boleh berangan. 
Aku : Orait papa! ( kah33x )


Dipendekkan cerita.. Alhamdulillah.. dapat gak 5A ◕‿◕。
Jadi..dapat la jugak merasa guna telipon bimbit ni. Hahakss!

Takde maknanya bapak aku nak bagi yang mahal2..
Nokia 3315i je..

*Kau punya jenis mana?

Sunday, October 23, 2011

Puteriku sayang..

Puteriku sayang.

Aku in love dengan perkataan ni. ❤

Apa maksud aku? Well..

Al-kisahnya..aku buat rutin harian aku. Jelajah blog ke blog. Dan aku jumpa 1 blog ni. Menarik jugak kisah blog ni. Seumur dengan aku. Warga 1992..
Berapa eh umo aku?
Pandai2 la kira eh..

Kenapa dengan blog dia? Well.. kisah pasal kelahiran anak sulung dia. Actually ni orang ketiga sebaya dengan aku yang kahwin muda yang aku jumpa. So, aku agak teruja nak baca kisah blogger ni. Kenapa? Bagaimana? dan kesudahannya..

Eh. Kesudahannya? Tak tahu lak nak masok word ape kat situ.
Cuma aku agak mengagumi mereka yang sebaya dengan aku..yang kahwin awal. Mengelak berlakunya maksiat.

Hati.
Walaupun kecil. Tapi besar masalah yang boleh timbul kalau tak dijaga dengan betul.


Aku terfikir. Sebenarnya hampir 2 bulan jugak benda ni berpusing-pusing dalam kepala aku.. Kadang-kadang rasa macam ada sesuatu.. yang perlu aku lakukan. Tapi kadang2...
tak cukup dengan kadang2 tu. Aku lupa. Lupa dengan tindakan yang aku harus buat.

Alpa.
Aku alpa dengan nikmat dunia.

Potong jap cite ni.

Lepas baca kisah dia.. and aku relate dengan cite2 yang aku penah baca.. DITAMBAH DENGAN alunan lagu kat blog dia..
Walaupun music background dia autoplay.. Tapi aku ter-layan. Tak terasa nak klik 'X'. Aku ni rajin gak r klik 'X' kat blog yang ada autoplay music ni.

Lirik?
Jom hayati.. tak lama pon.

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli 

Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti 
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan 
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati 


Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu 
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri 
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi 
Berpegang pada janji mengabdikan diri 

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana 
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama 
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya 
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri 

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama 
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya 
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara 
Mahligai syurga itulah tempatnya







Sabda Nabi SAW, "Jauhilah dosa-dosa kecil kerana apabila ia terkumpul dalam diri seseorang, lambat laun akhirnya ia akan membinasakannya. "


"Dan jiwa serta penyempurnaanya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan, sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang-orang yang mengotorinya"  ( Surah Al-Syams : ayat 7-10 )


Juga berkaitan dengan entry di blog Aiman Azlan ni jugak sebenarnya.. KLIK SINI


Thursday, October 20, 2011

Episod cinta Air Terjun dan Roti Canai

Bosan.

Aku bermonolog sendiri. Eh tak.
Sebenarnya aku tengah menjerit dalam hati. Wey....bosannyaaaaa!!!!

Aku update dalam fb kepunyaanku.
Dah 10 minit.
Tapi takde orang like?
HAHAHA..gelak sinis. Untungla dorang tak bosan.

Kenapa sekarang musim hujan? Bukan aku mempertikaikan. Jauh sekali berasa tidak bersyukur.





Air terjun.

Ya. Aku nak melemparkan diriku dalam air terjun hari ni. Tapi....
Apakan daya. Dek kerana  musim hujan.. impian hanya tinggal impian. Kau nak mampus g redah air terjun musim2 hujan gini?
Pergh!! Aku salute sama kau la weh!

Pagi2 lagi aku bangun subuh.


.  .  .  .  .  .



Ye ah. Takkan bangun subuh waktu petang? Huh?
Usai solat.
Katilku bagai melambai-lambai aku untuk mendekatinya. Ya. Aku tahu katilku amat rindu akan aku.

Henset cikaiku aku sambar. Alarm aku set ke 8 pagi. Teringat janjiku dengan orang rumah. Housemate ku. Berjanji untuk berjalan kaki mencari roti canai hari ini.

Berjayakah?

''Wey..kau nak pesan ape2 tak? E ( bukan nama sebenar ) ade kat kedai mamak sekarang. "

Teraba-raba mencari henset. Dermm..dah pukul 10?!


Apa yang terjadi selepas tu biar aku dan orang rumah ku saja mengetahui.

Apa pun..hari ni memang bosang bosan ah wa cakap lu!

Tuesday, October 18, 2011

Blogger amik MUET

MUET yo besok.


Senak perut aku pikir. Bukan pasal salah makan. Tapi sebab aku cuak.

Macam ape je. Bajet tak pernah jumpa test. Haha.

Cuak itu perlu. Baru la gopoh2 nak prepare. KAN33x??

Ouh. Aku update.

Selamat Hari Raya untuk saya yeah besok!

Mwahaha.
K2.
Jom sambung karokss!! XD

Bajet nak fluent giler besok. Modal kaross je bhai. Warkahkahkah!

Sunday, October 16, 2011

Cetusan Resah Gelisah

Besok ade exam. End of module.

Apa?

Exam laa. 4 minggu punya study. Tapi yang best nya, 1 hari je nak kena mengadap benda ni. OK done.
Terima kasih baca.

Sat.

Ada 1 lagi.

MUET. Pernah amik? Aku blom. Ni baru 1st time. Oppa Opss..cuak?
Ntah.

Ketuk2 lagi keyboard laptop. Sambil mata jeling2 tingkap.

Speaking test 19hb ni. Doakan aku.

MUET dengan IELTS jauh beza kan? hmphhhh.

Sunday, October 9, 2011

Habuk.

9 October.

Dekat 2 minggu jugak gap ngan last entry. Aku busy. Tak sempat nak cari idea.
Tak sempat nak tiup habuk kat blog aku. Tapi takpe.
Hari ni aku gagahkan jugak nak tiup.
Walaupun angin dalam badan aku tak terlarat nak tiup habuk dalam alam maya ni. :pp

 Half year.. :) 


Ni status yang aku post kat fb aku.
Sorry.. purple ngan aku macam isi ngan kulit

Kenapa?


Hihi. Saja.

Tak. Aku tipu. Sebenarnya ada somtin.

Hihi.

Saja nak gelak lagi.



Kepada orang yang terlibat setengah tahun lepas.. I said THANK YOU.. :)

Tuesday, September 27, 2011

Fakta MUNTAH

Hello semua!!

Lama den tak menulih kan??
Ceh. Intro nak bajet je..

So, hari ni dah masok 3 minggu den jadi budak degree. Tapi kena tolak seminggu coz minggu first den kena g kem.. HAHA.

Awat den gelak?

OPSS...

Awat ceq gelak? ( *Aloq Staq mai.. )
Hm..

Dah nama pon pegi kem..paham2 jela.
1st time plak tuuuu..! ==''
Okay2..

Den malas nak cita pasal kem. Tak terabis den taip entry ni nanti kot!

So, semalam den baru je dapat buku2 yang den order. Buku apa?
Buku course den laa..

Kalau la buku den tu boleh ganti ngan MukaBUKU...hmmm....
♩♭♪ Indahnyaaa ♬♪
( siap ada backup lagu dalam kepala ni! )

Warkahkahkah! XD

PakweS baru- tolak 2 buku kaler cekelat

Berabis beratus-ratus jugak r.. T.T
Total $$ = RM 522

Biasiswa pon belom masok lagi..memang parah r jugak. Tembus poket woo!! XD

Ada lagi 3 buku belom beli................................ wuarghhhhhhhh!


Rasa nak ter-MUNTAH plak aku tengok buku setebal dinding ni.......... ~~''

Err.....

*pengsan* ◕︵◕

Thursday, September 22, 2011

Kejadian aneh di kolej.. SERIK!

Pergh!!!
Lama gak kan aku tak update?
Biasa r.. baru masok degree.. macam2 r kena setel.

Kali ni aku just nak curi masa skit. Nak citer sal satu kejadian aneh kat kolej aku.
Well..

Aku malas nak citer pasal 1st day or pasal tempat kediaman aku lagi. Boring.

Sepanjang hampir 2 minggu aku kat sini, dah macam2 jenis ragging n orientasi dah kitorang kena. So skip sat. Aku takda banyak masa ni.

Tadi ada sesi orientasi ngan senior 2nd year. Dorang ganas? Kejam?

Aku malas nak cita.

Adoi......... Panjang pulak intro aku.

So point aku sebenarnya, tadi..

Aku baru sedar aku ada SATU LAGI PENYAKIT!
Dulu aku penah cita pasal kisah trauma aku kat korang.. ( KLIK TRAUMA )

Senior2 suruh kitorang berbaris keliling swimming pool.. And korang boleh agak r ape yang dorng suruh buat kan?? Haha..

YES..... Kami semua kena masuk dalam kolam ramai2.
Kena kutip syiling yang dorang campak dalam kolam tu..

Aku macam.. OU MAI GOD.....


Mampussss.... cuak aku tengok kolam yang dalam!

Nak taknak aku kena turun jugak.

1 second



2 second....



8 second...............








Wuargh!!!!! Tolong aku mai prennnn... ( my frens )


Sumpah aku takot gila33x!!! Nangis aku dalam kolam tu!
Siap gigil lagi..

So seniors kuarkan aku dari kolam. Aku macam LEMAS! Tak mampu nak bernafas sebab sangat takut! Takde la aku tenggelam.. Air paras dada je..
But I'm scared.......




Woooo..aku citer kat sini pon dah rasa macam seram balik! Seyes aku serik dah masok kolam. Pertama dan Terakhir! T.T


ps : Aku penghidap aquaphobia  rupanyaa....


Aquaphobia.... patot r aku panik giler bila masuk dalam kolam tadi.. ◕︵◕

Saturday, September 10, 2011

Salam Terakhir........

Assalamualaikum..

Sehari je lagi.



Sehari je lagi.



Sehari je lagi.





3kali baca benda kat atas tu?
Geram?

Sekali sekala..apa salahnya.. :pp

OK. Takde benda sangat pon. Juz aku nak say adioss buat sementara waktu.

Nak masuk degree dah 11 Sept ni.
WAIT!

Tak sampai 1 hari dah kan?

 So? Sorry...aku tipu korang........ ( sila baca tanpa perasaan )

Dah nak masok degree ni. Aku pon dah tak pandai nak berkata-kata, hurm...
Adioss all.. ◕‿◕。

Wednesday, September 7, 2011

Aku diancam sorang Blogger!

2-3 hari ni traffic blog aku mencanak-canak jugak r. Ni semua gara2 sorang blogger nih. Pergh!! Cari pasal weyh!!

Dia cakap tak puas ati ngan aku. Siap nak sekeh aku lagi!
Apsal?!

Ish..ni yang aku rasa macam........
Ishhhhhh....

Tak cukup ngan tu. Dia cakap aku GILA!
Wuuu...Sentap ati aku Ai tel yuuuuuu.... ◕︵◕


P la terjah blog dia.

TAPI TUNGGU SAT! Hold on...

Aku baru je kenai blogger ni. Dia bagi tips cepat kaya kat aku. Wuishhhhh...
Anak sapa la takmau kaya kan....
HAHA

So aku tanpa segan silu p la usha2 rahsia kejayaan dia.
SUPERB!!
Tak Caya?! Ni tengok ni...DUIT'$ wey!!!

Terus aku follow dia. Mana nak taw.. kot2 ada lagi tips Nak Kaya dia hurai.. Takkan aku nak missed kot..
Warkahkahkah! XD

Dah2. Jangan layan sangat kepala otak aku ni. Jom p serang dia!!! Jangan lupa.. dia cakap dia nak sekeh aku kat SINI!







Kerja Gila.. Best Dera Blogger!

Selamat hari raya! ◕‿◕。

Wooh..1st time aku start mukadimah blog camni. Ahakss!
Aku suka buat benda gila. Warkahkahkah! ❤

Hari tu aku p terjah Hantu, pastu aku usha kes Bunuh Diri. Tak cukup ngan 2 benda gila ni, aku pi Hentam Kereta aku pulak! Nak tengok.. kuat ke tak kuat kereta aku. Hahakss!

OK. Kali ni, ada lagi hal yang aku buat!

Dera.

Say what??!
Haaa...Dera.
Aku try dera orang pulak. Best jugak kot...warkahkahkah!

Sapa mangsa aku yang bertuah tu? Hoho. Aku dera sorang Encik Blogger nih. Dera wey...
Orang len stail hentam blogger len dengan entry. Aku takmau. Boring~

Dari pagi terbit matahari aku dera. Sampai la pagi esoknya! Kejam ke? Haha

Ni rupa asal blog aku
Takde benda pon actually. Ni semua pasal header blog. Aku tak la jenis kreatif. Harap otak je tak berapa betul skit. Warkahkahkah!
So terpaksa la mintak tolong orang.
Kalo nak ikutkan..banyak benda lagi jadi masa renovate hari tu. Tapi tak sempat lak den nak printscreen. Ni je la boleh tunjuk.
Macam-macam aku komen kat Encik Blogger. Colour gelap sangatla, header tak center la. Pastu si blogger ni g tukar background blog aku. Dari putih melepak..jadi purple color.. Favorite aku gak Ai tell yuuuu... Banyak kali gak proses tukar2 background. Sebab aku asyik komplennnnnnnnn all the time!

Header pon aku asyik kompelen! Asyik kena reject je!
Penat gak dia nak tukar2. Haha.

Apapun..aku nak ucap thanks banyak2 kat Encik Blogger ni coz sabaq gila layan kepala hotak aku!

Jom terjah blog dia! Klik SINI XD



Tuesday, September 6, 2011

Misteri bau hanyir..

*Sambungan entry paranormal atas permintaan Abah a.k.a Ku Azhar.
Klik SINI untuk entry terdahulu.


Paranormal

Setelah kami berempat di kejutkan oleh pertanyaan misteri dari Encik Member, salah seorang dari member kamceng aku, Cik A lancang menegur bau busuk tersebut.

" Macam bau mayy...(mayat!)"
Opsssss!!!
Aku teringat. Orang tua2 pesan, kalo ada terbau wangi semacam atau busuk tiba2..
Jangan Tegur! Jangan Pandang Belakang! 
Bau wangi sering dikaitkan dengan bau melur.. paling subur kat kubur

Tak. Aku tipu! Jangan Tegur je.
So, tindakan member aku yang menyamakan bau hanyir tersebut dengan mayat adalah SAMA dengan MENEGUR!

Meremang juga bulu tengkuk aku. Tapi aku pon tak sure ada ke bulu tengkuk?! Abaikan..
Mata aku mula meliar. Kawasan keliling kelas memang gelap.
Dan menyeramkan.

Cik B, konon2 nak menyiasat. Mungkin ada sesuatu?
Perlahan-lahan Cik B bangun. Melangkah. Setapak..dua tapak. Akhirnya Cik B berhenti betul2 depan pintu kelas. Encik Member masih sniff2 hidung. Diam. Tidak seperti kebiasaan. Aku rasa pelik. ==''

Cik B berpaling ke arah aku n member2 lain. Elok je kaki dia cecah lantai luar kelas. Tup!
Semua gelap. Aku diam. Lupa nak jerit. ~~'

Slow2 kami gerak ke blok form 2. Peliknyaa.. Kawasan tu tak blackout!
Ah..ade jugak budak2 form 5 kelas lain. Lebih kurang 4 orang perempuan. Kami berkumpul kat satu tempat. Tapi none of us cerita pasal kes misteri bau hanyir tu kat dorang.

BUMM!
Pintu kelas kat blok form 2 tempat kami berkumpul macam kena hentam. Like seriously.. Sape boleh stay lagi?! Kali ni memang aku and budak2 lain lari tak cukup tanah. Encik Member? Dia masih melilau dalam kegelapan. Mencari saki baki budak form 5 yang mungkin berada dalam blok form 5.

Sampai hari ni. Kisah misteri bau hanyir tu belom dapat di rungkaikan..
"Jangan Biarkan Hidup Anda Diselubungi Misteri.."

Ya. Aku taknak aku je terselubung dengan misteri. Biar korang pon rasa tempiasnye jugak. Haha.

Takde la seram sangat pon aku cite. Tapi bila sendiri yang alami.. sendiri mau ingat la! XD

Monday, September 5, 2011

Antara study..semangat..seram.. dan Hantu!

**Entry ni mengandungi kes2 paranormal yang tidak di laporkan kepada pihak sekolah dan pihak berwajib...

Kejadian ni berlaku lebih kurang 3 tahun lepas. Time tu cuti. Semua junior balik umah. Tinggal la kami..senior form 5 kat maktab. Masa ni aku tengah semangat gila nak hadap SPM..*Semangat!Tak berapa minggu dah nak SPM..
3 orang yang terlibat ada kat sini~

Sabtu. Dalam pukul 8.30 malam, aku n member2 kamceng aku bergerak ke blok akademik untuk study. Harap maklum.. time ni sepatutnya bukan time prep. Dan juga hanya budak2 form 5 je tinggal. So.. takde orang nak lepak blok akademik. ( Kami skip ceramah kat surau..hihi. Nakal la..aww! )

Blok kitorang ni agak jauh la dari asrama. Kena redah blok-blok form 2 lagi. Tup.. tup..

Bila sampai je, lampu kelas kitorang dah menyala. wHAT tHE~
Cuak la jugak..

Kami berempat je kat situ. Perempuan. Aku memberanikan diri menjengah ke dalam kelas...*Che..wah!
Opocotsss!!!

ADA MAKHLUK bernama lelaki...Adess.. Budak sekelas gak sorang. Skip ceramah kat surau macam kitorang jugak..hihi

Tapi ni bukan perangai dia! Tak mungkin...........
Salah sorang ni la

So, kitorang pon study..study..study..dan sembang. Tiba-tiba je member laki tu tanya. "Korang ade bau busuk tak?"

Mak aih.......SERAM SIOT!
Budak laki ni siap buat hidung sniff2 lagi!

Tiba2 je ade bau hanyir. Siot gak mulut member aku sorang lagi ni. Sedap2 je menambah..
" Macam bau MAYY...." (dia nak cakap mayat..huuuuu)
" Wey diam!!!! " (ni aku yang sergah )

SCARY.

Den, sorang member aku lagi konon-konon nak siasat la..Baik punya dia jalan nak kuar klas
Lepas tuuuuu......



Semua gelap! Blackout weyh!! Serammm nyah!!
Lari bertaburan la kami..!!!

Ada lagi smbungan..tapi aku malas la nak type. Malas lak korang nak bace kan3??!
HAHA


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...