home

My photo
I dont judge people but I do observe. A quiet gurl but not my brain. Single yet i eat double. Praise me then u are my enemy, honesty is what i call friend. I dont hold back when i talk, soo.. dont get offended by that k.

Followers

Sunday, October 23, 2011

Puteriku sayang..

Puteriku sayang.

Aku in love dengan perkataan ni. ❤

Apa maksud aku? Well..

Al-kisahnya..aku buat rutin harian aku. Jelajah blog ke blog. Dan aku jumpa 1 blog ni. Menarik jugak kisah blog ni. Seumur dengan aku. Warga 1992..
Berapa eh umo aku?
Pandai2 la kira eh..

Kenapa dengan blog dia? Well.. kisah pasal kelahiran anak sulung dia. Actually ni orang ketiga sebaya dengan aku yang kahwin muda yang aku jumpa. So, aku agak teruja nak baca kisah blogger ni. Kenapa? Bagaimana? dan kesudahannya..

Eh. Kesudahannya? Tak tahu lak nak masok word ape kat situ.
Cuma aku agak mengagumi mereka yang sebaya dengan aku..yang kahwin awal. Mengelak berlakunya maksiat.

Hati.
Walaupun kecil. Tapi besar masalah yang boleh timbul kalau tak dijaga dengan betul.


Aku terfikir. Sebenarnya hampir 2 bulan jugak benda ni berpusing-pusing dalam kepala aku.. Kadang-kadang rasa macam ada sesuatu.. yang perlu aku lakukan. Tapi kadang2...
tak cukup dengan kadang2 tu. Aku lupa. Lupa dengan tindakan yang aku harus buat.

Alpa.
Aku alpa dengan nikmat dunia.

Potong jap cite ni.

Lepas baca kisah dia.. and aku relate dengan cite2 yang aku penah baca.. DITAMBAH DENGAN alunan lagu kat blog dia..
Walaupun music background dia autoplay.. Tapi aku ter-layan. Tak terasa nak klik 'X'. Aku ni rajin gak r klik 'X' kat blog yang ada autoplay music ni.

Lirik?
Jom hayati.. tak lama pon.

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli 

Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti 
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan 
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati 


Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu 
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri 
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi 
Berpegang pada janji mengabdikan diri 

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana 
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama 
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya 
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri 

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama 
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya 
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara 
Mahligai syurga itulah tempatnya







Sabda Nabi SAW, "Jauhilah dosa-dosa kecil kerana apabila ia terkumpul dalam diri seseorang, lambat laun akhirnya ia akan membinasakannya. "


"Dan jiwa serta penyempurnaanya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan, sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang-orang yang mengotorinya"  ( Surah Al-Syams : ayat 7-10 )


Juga berkaitan dengan entry di blog Aiman Azlan ni jugak sebenarnya.. KLIK SINI


2 comments:

Anonymous said...

tak penah dengar ke lagu tu??
kalau baca rooftop rant ada..dulu masa baca..terus cari =p

Lyndaz said...

tak..1st time dengar. and actually not too layan sangat lagu2 nih. tak kisah la english or malay or nasyid sekalipon :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...