home

My photo
I dont judge people but I do observe. A quiet gurl but not my brain. Single yet i eat double. Praise me then u are my enemy, honesty is what i call friend. I dont hold back when i talk, soo.. dont get offended by that k.

Followers

Sunday, May 26, 2013

Ijazah Perubatan MDUKM-AUCMS?

Weehuuu..
Hai blog tersayang ^^
Lama gila kita tak bersua kan ? :(

Memandangkan sekarang ni musim budak-budak lepasan SPM 2012 nak masuk U, apa kata kita update sikit pasal universiti ni :D

Haruslah uni sendiri kannn.. Nak citer pasal U lain buat apeee.. Haha. Logik la sikit.

Saya study kat mana? Erghhhh..
Tak biasa la nak ber-saya-saya ni. Wuuuu. Nak back to Lyndaz yang dulu. Baru senang sikit nak bercerita. Hehe xD

Saya sebenarnya isteri dia! 
Eh. Eden. Eden study kat AUCMS sebenarnya. Allianze Uni College of Medical Sc. Kos MD UKM-AUCMS.

Haaa? Apa tuu?
MD UKM-AUCMS ni maksudnya den akan dapat Medical Degree dari UKM. [*Doctor Of Medicine - Universiti Kebangsaan Malaysia (MD - UKM)]

Tapi AUCMS tu kenapa?
Md Ukm-Aucms ni program baru. Silibus untuk degree medik ni 100% dari UKM. Tapiiiii.. belajar kat AUCMS ni. Kiranya, franchise UKM la.

Jom cerita lebih lanjut. :)
* nota : berdasarkan pengalaman dan pemahaman penulis.*

Sebelum masuk kos ni, den buat pre-medik kat AUCMS ni. Program tajaan MARA. Bukan saja-saja nak masuk IPTS. Tapi rezeki bawah MARA.



Syarat nak amik MD UKM-AUCMS ni, kena lah lepas CGPA 3.50. Ni masa tahun den la. Dan.. kena dapat MUET band 4. InsyaAllah..boleh punya nak usahakan benda ni kan. Yakin! 
(untuk awak2 yang baru nak join program ni)
Rasanya syarat2 ni masih sama. :)

Oh. Pre-Medik tu macam mana? Analoginya macam ni lah, kalau degree medik tahun 1 kita andaikan macam level 1, pre-medik ni level 0 lah. Maksudnya, belajar asas dahulu. Foundation. Belajar basic anatomy, fizik, bio, maths, english. Yang bezanya kat basic anatomy. Lain-lain lebih kurang SPM je.

Ada jugak lepasan matrikulasi join program ni. Boleh semak syarat2 lain dari Mr. Google! xD

Peringatan. Sebelum layak masuk program ni, korang harus lulus temuduga dari pihak UKM. Temuduga biasanya dibuat di PPUKM. Kat sana, ada lepasan pre-medik, Martikulasi dan setaraf dengannya.

So, kalau dah dapat masuk sini, apa yang korang bakal belajar? 
Asasnya, program Ijazah Perubatan ni mengambil masa 5 tahun. Haaa..lama kan? 1 tahun pre-medik, 5 tahun ijazah. Jumlah 6 tahun. Kalau sangkut dan kena ulang tahun, dah berapa? 
* nota : kalau nak kawen awal, p jadi cikgu. Haha.*

5 tahun program ni merangkumi 2 tahun Pre-Clinical Studies dan 3 tahun Clinical Studies. Maksudnya, 2 tahun belajar teori, 3 tahun posting kat hospital. Antaranya, hosp. Kulim. 

Program ni mengguna-pakai sistem module. Berbeza dengan sistem blok. Contoh : USM. Dorang guna sistem blok. Den nak cerita tapi kurang pasti sistem blok ni macam mana. Huhu. Tapi berdasarkan apa yang kazen den cerita ( dia tengah buat degree medic USM ) sistem blok ni, dorang belajar ikut sistem, contoh, Respiratory system. Segala apa yang berkaitan dengan Resp. System lah. 

Kalau module pulak, untuk Tahun 1, ada 2 sem. Contoh module untuk sem 2; 
Genetics, Infection and Immunity, Mechanism of Disease, dan Musculoskeletal. Untuk semester lain, silalah google xD

Ohhh.. Lupa nak cakap. Den belajar 100% silibus dan exam dari UKM. Tapi, lecturers yang mengajar kat sini bukan dari UKM. Kitorang diajar oleh lecturer AUCMS sendiri. Most of them, foreigners. Besttt! Ada pakar pathology dari Philippines  lecturer dari Bangladesh, Myanmar, Pakistan dan beberapa negara lagi yang tak ingat. Malaysia pon ada jugak. :) 
Eden paling suka lecturer dari Philippine. Dorang sangat sangat sangat bersemangat bila mengajar! :')

Exam untuk kos ni ada 2 jenis. EOM ( End of Module) dan EOS (End of Semester). Untuk EOS, 20% dari markah akan dikreditkan ke EOS. 10 % dari PBL ( problem-based learning ) dan selebihnya 70% dari EOS.

Syarat untuk lulus Tahun, kena lulus semua paper , mengikut module dan lepas CGPA 2.50 untuk 2 semester. Dan syarat grad UKM, kena complete Program Insaniah, atau lebih mudah, buat khidmat masyarakat. Contoh, buat bengkel kerjaya kat budak2 yang nak amik SPM.

Kalau masa EOS ada gagal paper macam mana? 

Kalau CGPA lepas 2.50, anda layak untuk re-seat paper yang gagal. Re-seat paper ni lepas EOS sem 2. Atau sem akhir tahun.
Kalau tak lepas CGPA??
Terpaksa la kena ulang tahun. Whole year.

Lulus CGPA 2.50 baru layak re-seat. Lepas re-seat, kalau lulus semua, anda akan proceed dengan tahun berikutnya. Kalau sangkut lagi, even 1 paper pon.. anda kena mengulang tahun jugak! Berani tak?! Heee..jangan ter-takut :p

Hmmm.. apo keno den dok ceghito semua ni -.-''

Program ni susah tak?

Wuuuuu.. T.T
Bagi den susah gila! Study sangat banyak. Lepas tu, kalau fokus bab yang susah-susah, tiba-tiba pulak soalan keluar pasal benda basic. Failed EOM dalam 1 batch ni memang akan ada. Bersyukur gila lah kalau lulus dengan Gred C! Masuk program ni, at least, kena aim untuk lulus. Dapat C pon dah kira bersyukur sangat2! Tapi mestilah kena aim for the best kannn.. :D

Ada pergi hospital tak?
Adaaaa.. Jangan risau. Kalau tak sabar sangat, jom join program sukarelawan hospital ^^

Pergi hospital buat apa?
Untuk tahun 1, kitorang buat sesi History Taking dengan real patient. Sebelum tu akan ada kelas la kan. Takkan nak membuta ja p terjah. Haha. 
Lepas tu, tahun 2, kita akan buat PE (physical examination) kat patient. Haaa..

Emm..lagi? Den tataw nak cerita apa dah. Apa2 boleh tanya. Email me at  lyndazdet@gmail.com if den tak balas komen. :p



*nota : kalau ada ter-salah silap, den minta maaf awal. InsyaAllah. Ni dari pengalaman dan pengetahuan den :)



**UPDATE: Im no longer in AUCMS and currently surviving in UKM. Pray for the best.

24 comments:

awin said...

Terima kasih LyndazDet kerana post pasal program ni. Harap2 mereka yang dpt program ini akan faham :)

meera said...

salam kak, saya dapat jugak tawaran md ukm-aucms nie bwah mara. 26 jun nie daftar utk pre-medic, :) saya nk tnya akak mase mula2 daftar tu ada kena bayar yuran ape2 tak?

Lyndaz said...

wasalam..
tahniah! ^^
mula2 daftar dulu kolej cakap kena bayar rm600. but then masa daftar, sebab kita under mara, kita xperlu bayar apa2.. :)

meera said...

ouh, thanks kak :D
tpi kan aucms ada hantar surat twran tu kat rumah sya, pastu dia ckap kena byar rm1440 (registration fee rm660, basic fee rm780).
sya xtau kena byar ke tak, dah la surat twran mara pun xkluar lagi, adoii la mara . hehehe

Lyndaz said...

ohh..
dulu akak pon masa hari pendaftaran baru kolej gtaw xyah bayar rm600 tu.
huhu..memang geram jugak la. memang dah ready dah duit masa nak daftar..tapi ok la, selamat jugak duit tu.hehe
basic fee? xsure pulak.
haha. mara memang.. -.-''
em..kena try call pihak mara la utk confirm kan. sebab basic fee spatutnya memang under mara la kan..

meera said...

ouh gitu eh, okey kak, thanks :D
nak tnya lagi nie, hehe, masa premedic tu perlu guna laptop ke tak?

Lyndaz said...

:))
perlu..sebab nk buat lab report n nk baca slides yg lecturer bg..

meera said...

okeyy, thanks a lot kak, :D sbb layan sye yg byk tnya nie. hehe
nnti klau ada jodoh bleh jumpa kt sana nanti ;)

Unknown said...

salam kak. susah tak medic nie ? lagi satu kak ada tak buku2 masa buat premed ? klau kak takguna nnti bg la kat adik kakak yg comel tuu ea.

meera said...

salam kak, nak tanya lagi nie, hehe, sebelom dftar pre medic tu kan, mara ada bgi tak ape2 borang yg kena isi? borang kesihatan yg kena buat medical checkup ke ape ke?

Lyndaz said...

Wasalam..
Yepp..ada borang dorg bg utk isi
Tp mara sllunya time last minit bru nk kasi =.="

meera said...

ya allah seksa nyer penantian. hahaha, 10 hari lgi nk dftr, adoii~~ =.='

tenkiyu kak :D

feeka said...

Hmm akak buat lah entry pasal premed.. cmnna finals, tips utk study dll.. macam entry ni.. sgt membantu.. good job! Hehe

Lyndaz said...

@feeka
InsyaAllah..
Sorry akak tengah final minggu ni :)

Anonymous said...

Assalamualaikum. Minta maaf ada sedikit pekara untuk dikongsikan. Sebenarnya bukan CGPA 2.50 tapi sebenarnya PMNK atas 50% baru boleh reseat. Ramai org silap faham bahagian tu. kadang kala ada org pointer 2.00 tapi pnmk dia atas 50% jadi still boleh reseat.All the best. insyaAllah jumaat ini result keluarkan if kalo ukm keluar khamis, korg lewat sehari selalunya. slm ramadhan. EA2PERSIAP

feeka said...

Hmm ok ok! Maseh kak! And good luck for finals!! :D

Unknown said...

As salam,kak Lyndaz.kak Lyndaz,boleh ke saya nk tahu serba sedikit mengenai skop subjek physics semasa buat pre-medic selama 11bln tu&berbeza ke physics yg d ajr untuk pljr2 pre-medic dan physics yg d ajr untuk pljr2 foundation in science?dan buku apa yg kak Lyndaz selalu jdkn sbgi rujukan untuk physics time buat pre-medic dulu.....terima kasih.

Anonymous said...

kak,kalau lepasan matrikulasi dgn cgpa 3.87, kene ambik pre medical jugak ea??

Lyndaz said...

@DiniSyazwani MohdLotfi

Wasalam..
MasyaAllah..sorry..xdapat perasan komen ni. Huhu :(
Physics masa premed dulu tak jauh beza dari spm. Tak sure sama ke tak dgn FSC. Sebab akak tak berada dlm foundation in sc. Tapi physics in premed mudah je. Tak seberat kt matriks. Mostly kitorang guna notes dari lecturer je. If nk further reading, akak just guna any reference books yg ada kt library kolej. Yang mana menarik. Hehe. :) Tp maaf sangat2, dah tak ingat langsung buku mana akak guna dulu..huhu

Lyndaz said...

@Anonymous

Dah tak perlu ambil pre medical lagi. Terus sambung apply degree..

Anonymous said...

Assalamualaikum. Sis, ive emailed you : thanks

Anonymous said...

Hi. saya budak premed aucms 2013. pointer saya 3.88 boleh ke apply md aucms-ukm dengan MUET band 3? sy cadang nak ambil lain nanti. apa pandangan saudari :)

SMARTDREAM SMARTWORLD said...

Berminat untuk menjadi mahasiswa dan mahasiswi kat Segi University bagi Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Hubungi En Am 0123791871 atau 0176842836 atau universityintake@counsellor.com untuk maklumat lanjut Tolong sebarkan dan Terima kasih. #SPM dan #STPM dan #SEGI berminat untuk sambung belajar kat SEGI UNIVERSITY boleh hubungi SMS atau Whatsapp atau Wechat En Am 012 3791 871 atau 0176842836 boleh transfer kredit bagi yang layak kat SEGI UNIVERSITY tolong sebarkan kepada kawan yang lain. segiintake.blogspot.com

atau

Berminat untuk menjadi mahasiswa dan mahasiswi kat KATPM PERLIS dalam diploma. #SPM dan #STPM dan #KATPM berminat untuk sambung belajar kat KATPM boleh hubungi SMS atau Whatsapp atau Wechat En Am 0176842836 boleh transfer kredit bagi yang layak kat KATPM Perlis tolong sebarkan kepada kawan yang lain. katpmintake.blogspot.com

Unknown said...

Salam mm nak tanya interview dia macam mana ye ? Katanya ada ujian jugak kan ? Ujian tu pasal apa ?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...