Assalamualaikum..
Hai! Dah lama benar eden tak bertinta di sini kan? Rindu pulak rasa nak bergiat aktif diblog ni. Haha. Cliche yang amat ayat permulaan -..-
Pejam celik pejam celik, dah 2014. Tambah lagi satu angka kat umur den. Sobs.
Sepanjang 21 tahun 4 bulan eden hidup dimuka bumi ni, banyak sangat dah pengalaman pahit manis yang buat eden rasa, ''LINDA, U'RE NO LONGER A KID''. Yelah, tengok umur memang la betul eden bukan budak lagi. Haha. Tapi setakat umur je dewasa, perangai masih ditakuk lama, di mana kematangannya tu?
Wah. Serius benar bunyinya eh? Hahah! Ampunn!! :DD
Sepanjang zaman sekolah dulu, baik dari zaman sekolah rendah, sampai la habis SPM, eden rasa eden cemerlang je sepanjang masa. Sentiasa di atas. Kalau jatuh pon, sikit je.
Tapi orang cakap, tiada naik-turun-naik, maka matilah manusia.
Serious mode activated. Eden Aku nak kongsi.
Lepas je masuk bidang medic ni, mula la satu persatu kegagalan aku tempuh. Sampai 1 kali tu, aku rasa macam takde guna dah hidup kat dunia ni. Macam nak bunuh diri. Dahsyat sangat rasanya. Tapi aku bersyukur ada lagi secebis iman tu. Panjang aku fikir. Kalau aku betul2 bunuh diri, boleh ke keadaan jadi baik? Macam mana dengan mak abah aku? Yang penting lagi, mampu ka aku nak hadap siksaan yang dijanjikan di 'sana' nanti? Astaghfirullah..
Disebabkan aku giat online lepas SPM dulu, banyak je aku terbaca kisah2 menarik. Suka duka, pahit manis hidup orang lain.
Allah tidak akan menguji suatu jiwa diluar kemampuan hamba-Nya
Selalu aku baca, macam, "Oh, betul la tu".
Tapi bila dah kena kat batang hidung sendiri, barulah maksud ayat tu sampai kat jiwa aku. Peritnya ujian ni memang tak dapat aku gambarkan. Berulang-ulang kali ayat ni melekat kat kepala, aku try balik muhasabah diri. InsyaAllah. Aku pasti mampu untuk hadapi kegagalan ni. Kalau tak, Allah takkan uji aku.
Jadi bermulalah masa-masa aku untuk belajar menjadi lebih serius. Dan belajar dengan serius. Haha. Dah jatuh tertiarap, barulah nak rangka balik wawasan diri :p
Nak cakap kat sini, nak belajar medic ni bukanlah senang macam setakat tengok Cinta Medik yang ntah apa2 punya drama kat tv tu. Buat adik2 yang merancang nak amik medic ni, akak (chewah!) nak adik2 kuat semangat. Sekarang mungkin boleh gelak.
- Ala, kacang je medic ni
- Aku boleh skor 10A SPM, takkan nak buat medic susah sangat kot.
- Alah akak ni, negatif sangat pikir. Relax2 la. Konfem aku boleh punya.
Kata kau.
Bukanlah aku nak cakap tak boleh berjaya. Cuma, kalau setakat cakap je dik, takde guna. Kata aku dulu pon sama macam kata kau. Main belasah amik je medic ni walaupon aku tak minat, dengan kepercayaan bahawa aku konfem boleh buat. Yakin. Tapi tak sepenuh jiwa berusaha. Maka aku gagal berkali-kali. Tapi masih belum sedar. Sampai la tinggal peluang terakhir, baru aku cuci jiwa aku ni. Aku kena berubah. Titik.
Gagal macam mana tu? Aku rasa aku pernah post entry pasal kegagalan ni. Tapi tulah. Sekarang ni, makin manis aku rasa erti kegagalan ni. Buat aku rasa nak cerita lagi.
Aku gagal masa 1st year medic dulu. Sampai terpaksa ulang balik setahun penuh pengajian tahun 1 medic. Teruk. Sangat teruk. Macam2 rasa ada masa tu. Malu jangan cakaplah. Sebab cousin aku sorang ni boleh je berjaya. Kami sama umur. Dan sama2 amik medic.
Sepanjang cuti sem dua bulan tu, aku cuba nak positif. Masyaallah peritnya! Tak tahu nak buat macam mana.
Aku start balik tahun 1 medic tu dengan lebih serius. Target aku cuma 1. Aku nak lepas tahun 1 ni. Well, aku rasa semua yang senasib dengan aku pon fikir macam tu jugak.
Kalau sebelum ni, setiap kali habis lecture je, aku tangguhkan dulu untuk tengok balik lecture2 note tu. Aku pikir aku boleh je nak cover masa nak end of module punya exam. Tapi tak jugak habis cover semua concept lectures. So, aku relax lagi. InsyaAllah aku boleh punya cover untuk final! Kata aku. Kata je weh. Hasilnya, menangis air mata darah pon tak boleh nak ubah benda yang dah berlaku.
So aku ubah balik sikap ter-over-positif-tapi-rileks-rileks-kurang-berusaha tu masa aku kena repeat year dulu. Dan hasilnya, Alhamdulillah!
Aku dah berada di tahun 2. Baru je habis theory paper untuk final sem 3. Ada lagi OSCE dan OSPE untuk dihadapi minggu depan. Dannn masih menantikan keputusan. InsyaAllah.. Kalau ada rezeki.
Rezeki itu dari Allah. Sentiasa bergantung pada-Nya.
Manusia, bila gagal baru nak ingat Allah. Bukan nak cakap dulu tak ingat Allah, cuma, bila dah gagal ni, barulah rasa
Ya Allah..jangan sekali-kali kau tinggalkan aku. Tak mampu sangat rasa.
Perasan tak? Bila betul2 susah, baru betul2 kita ni berdoa pada Allah? Berdoa yang betul2 kudus dan tulus. Malunya rasa. Ingat Allah bila susah je. InsyaAllah, dengan kegagalan yang dulu, buat aku sentiasa bergantung dengan Allah. Alhamdulillah dengan kegagalan yang lalu. Buat aku yakin, setiap ujian yang Allah bagi tu, InsyaAllah mampu dihadapi olah hambanya. Jangan putus asa! Dan jangan lupa Allah.
Betulkan niat. Belajar kerana Allah. Sabar.
Macam sorang Prof yang cakap, bila ditanya;
- ok tak belajar medic?
-susah jugak belajar medic ni Prof..
"Yelah, nak belajar pasal badan manusia, ciptaan sempurna dari Allah yang Maha Hebat, Maha Sempurna. Memang la susah. Takpe. Usaha."
Subhanallah. Baru tersedar.
Mana manisnya?
Manisnya bila kita dah berusaha sehabis kuat, sehabis kudrat, tinggalkan segala perkara2 lagha ( hampir.. T.T Huhu ), kemudian dapat tuai hasilnya dengan izin Allah, pergh! Manisnya rasa tu weh!
Berbalik kepada pengalaman belajar medic sampai tahap ni,
setiap kali nak exam je, mula lah rasa goyah dengan keputusan nak belajar medic ni. Mula lah ragu-ragu.
-Eh. Betul ke pilihan aku ni?
- Eh. Menyesalnya amik medic ni.
- Eh. Mampu ke aku lepas exam ni?
Dan segala eh. Eh. Dan eh.
Sabar. Berusaha je sehabis mampu dan Doa pada Allah. Macam mana Allah nak tolong kalau diri sendiri taknak menolong. Atau kata lain, study je weh. Ikhlaskan niat. Ingat pada amanah. Amanah dari mak abah, amanah dari Allah yang menggerakkan kita untuk amik bidang ni, dan amanah dari rakyat. Yelah. Study medic ni, guna duit cukai dari rakyat jugak weh. :p
Amanah. Macam mana nak jawab kat SANA nanti wehhhh? Kemana aku belanjakan duit amanah untuk study ni? Berapa kuat usaha aku untuk study? Cukupkah?
Huuu. Macam mana tu? Takutnya.. T.T serious talk.
So. Study.
Dan yang terakhir. Biarlah orang nak kata apa pon. Ini bahagian kita. Bahagian mereka, jangan pulak kita yang mengata. Peace `\^.^/
1 comment:
Good job linda! Huhu.
Sama-sama lah kita mengharungi perjalanan kita ini dengan sabar dan tawakal :')
Post a Comment