home

My photo
I dont judge people but I do observe. A quiet gurl but not my brain. Single yet i eat double. Praise me then u are my enemy, honesty is what i call friend. I dont hold back when i talk, soo.. dont get offended by that k.

Followers

Friday, November 25, 2011

Akibat Terr-lalu kreatif..

Cikgu yang paling korang takleh lupa?

Ada ke tak? Btw, aku ada. Banyak sebenarnya. Kalo nak story memang panjang ah. Tapi takpe.. biar aku kecilkan kriteria pemilihan cikgu yang tak dapat aku lupa. 

Selain dari cikgu kegemaran, cikgu yang sukar untuk kita lupakan ialah cikgu yang pernah memberi 'sesuatu' kepada kita! Sesuatu itu tidak bermakna hanya ilmu yang dicurahkan, boleh juga suatu kenangan yang.......ehem!


Dulu2, nak dapat kapur baru kena p amik kat pejabat sekolah!





Teringat aku ketika waktu aku masih di awal persekolahan. Dalam erti kata lain, waktu tu umo aku baru 7 tahun. Sangattt hingusan! 
Tapi takpe. Jangan risau. Aku sangat2 yakin dan pasti, mak aku ade bekalkan tuala goodmorning kepadaku. Yela..as budak hingusan.

Ahah! Siapa faham ayat aku nih memang otak sengal ah! Yang tak faham mesti baca 2-3 kali kan?? 

Nak baca lagi ke? Abaikan..kadang2 ayat penuh setiap ayat yang aku taip kat sini hanya bermain2 di kepala lutut  otak aku je. ~~''



**
Cerita bermula pada suatu petang yang damai. Aku dan adik ku melepak-lepak di pangkin di bawah pokok nangka yang belum berbuah sulung. Baiknya aku, kerana sangat tekun menyiapkan kerja matematik  *dulu muda2 aku belajar matematik dalam BM . 

Sambil2 tu, mata aku mecuri pandang bapakku yang sedang membakar sampah. "Oh daddy..please go away..ehem!" <--- tapi dalam hati jela.
Sampai 1 saat kegemilangan tu, bapakku melangkah masuk ke dalam rumah. 

Gembira.



"Eh2. Api nak padamlaaaaa.." 

Minda ku yang luar biasa bijak telah mengeluarkan mentol idea. Buku latihan matematik kesayangan ku mula tersipu resah. 

"Isk..berakhirlah riwayat aku, Sebuah Buku Matematik!" Ah. Aku arif sangat dengan buku ku yang sangat suka bermonolong nih.

Tanpa riak bersalah, aku koyakkan muka-muka surat terakhir buku latihanku. Takkan nak koyak m/s depan kot?! Pakai akai la sikit bro!

Satu demi satu kertas dari buku aku koyak. Dengan idea
untuk memanjangkan hayat api yang membakar sampah, kertas perlu  melakukan pengorbanan!

dan hipotesis :
semakin banyak kertas terkorban, semakin kuat nyalaan api.
***

Esoknyaaaa..

Memang habuan ah! Cikgu matematik aku, Cik Norma rasanya, panggil aku mengadap di hadapan kelas. Muka cikgu aku tuuu...ah, lagi merah kulit aku rasanya!
Aku disoal bertubi-tubi.

"Kenapa buku kamu koyak2 ni?!"

eh? terkoyak? terkoyak sendiri kot cikgu.. <-- dungu gila aku!

"Oh? Terkoyak sendiri.. hantu mana nak buat hah?! "

Pergh! dia punya jerit.....
Habuan aku. Dapat ketam masak lemak cili api pedas gila berasap. Elok je hinggap kat perut aku. DUHH! ~~''

Oh..baru ceq tau.. apa2 yang kita buat sebenaqnya cikgu dapat trace. Macam guna sihir bawah umur depan muggle!

moral kejadian ni :: Semua cikgu yang mengajar math kat aku memang jadi cikgu favourite aku. Terima kasih cikgu!!

Pengajaran :: jangan sekali-kali koyak buku di helaian belakang sekali. Kerana yang belakang tidak akan pernah meninggalkan depan. Koyaklah helaian di bahagian tengah sebuah buku! Depan dan belakang, forever together!

4 comments:

suffian said...

i love ur story.. funny la.. haha linda, aku plak en prnh kne halau ngan cg.. tp cara dia halus giler. dia tulis dlm eng kt paper tau pastu soh aku n kwn2 aku g hntr kt cg sorg ni.. lps smpi tu kne denda..rpe2ye cg aku soh cg lain tu mrh kteorg sbb bising dlm kls..haha

Lyndaz said...

wakakaka!
tula orang kata pentingnya english education..
tak gitu??haha
memang terbaik r kena camtu ;)

Own said...

meh ganti tempat

Lyndaz said...

@Own
ganti tempat ape ye?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...