Dah lama aku tak update entry kan? Sebetulnya aku kekeringan idea. Bukan aku tak cuba. Bahkan berkali-kali! Tapi tak mampu untuk aku bermadah merapu lagi. Hilang mood! Hilang mood disebabkan kesibukkan melayan masalah2 dalam study yang menimbun.
Entry ni memang bukan entry merapu sebagaimana dulu. Terserah kepada anda. Ingin teruskan pembacaan, atau sampai di sini saja.
Sesak.
Pemikiran dan perlakuan yang tidak selaras. Tidak seirama. Jujur aku penat.
Penat memikirkan penyelesaian bagi masalahku. Mampukah aku meneruskan pengajian dalam bidang ni lagi?
Berundur atau tidak? |
Medic. Satu skop yang tidak pernah terlintas dibenak mindaku selama aku bergelar pelajar sekolah menengah! Namun kejayaanku menginjakkan kaki dalam bidang ini sebenarnya telah menimbulkan seribu satu pertanyaan kepada diriku sendiri. Zaman Pre-Medic telah lama berlalu. Dan sekarang aku sedang berjuang untuk menghabiskan degree dalam masa 5tahun.
Jika masa mampu diputar kembali, memang aku taknak masuk bidang ni! Minat ku pada angka. Betapa mudah mengira dari menghafal! Dan sekarang, setiap detik, aku tak mampu menahan diri dari menyesali bidang yang aku ceburi ini.
Sedih. Kerana aku umpama tidak bersyukur dapat belajar dibidang ini. Padahal beribu-ribu manusia lain yang berharap dapat mengisi tempatku. Aku faham bahawa Allah tidak sekali-kali membebankan hambanya dengan sesuatu di luar kemampuan hambanya..
Namun.. nafsuku tetap menyalahkan orang lain, kerana seolah-olah mereka yang memaksaku untuk mengambil bidang ini suatu masa dahulu.
Ini yang aku dambakan! Bukan hafalan!! |
Mak dan abah. Sesungguhnya kakak tak sanggup nak further dalam bidang ni lagi. Tapi, berundur tidak sesekali! Doakanlah kakak boleh harungi semua kesusahan menghafal dan memahami setiap yang kakak pelajari. Kerana sesungguhnya kakak sangat benci untuk membaca dan menghafal!! isk! T.T
*kalaulah mak dan abah baca ni.. (tapi tak mungkin! T.T )
Jujur. Aku tertekan!
6 comments:
kau print, masukkan dalam peti surat rumah kau..letak dalam sampul..tulis, to mak and abah gitu..sweet x? ahaha
ahah. tak sanggup aku. sure nangis!
linda... jgn kata begitu... yg lps tu lps la, yg kt dpn ni medik kite amik, teruskn n bt terbaik.. aku pun x prnh trlintas nk jd doc..tp bkn kite je yg cmni, rmi lg doc yg hebat x bercita nk jd doc, prof hitam cth..
tulaa..banyak kali dah aku cuba pujuk hati aku ni.hmm.. entah bila hati aku ni nak paham. bila susah je nak masuk time study..mula r nak pikir bukan2. sedih gak asyik macam ni je
x yh push sgt diri nnt lg x minat.. rse x nk bce x yh bce bku.. bt bnde lain yg berfaedah.. give time to the mind to understand..haha *smoga berguna la utk aku jgk...
haha.sama2 la cuba. nak tukar pon dah tak patot rasanya..teruskan je la sehabis mungkin. mudah-mudahan kita masih diberikan kekuatan dan kesabaran..amin..
Post a Comment