home

My photo
I dont judge people but I do observe. A quiet gurl but not my brain. Single yet i eat double. Praise me then u are my enemy, honesty is what i call friend. I dont hold back when i talk, soo.. dont get offended by that k.

Followers

Monday, August 29, 2011

Entry backup Raya 2011..

Weyh...
Lama gila aku tak update!
Minggu terakhir before raya..besa r. SHOPPING WEH!!

Bak kata perlibahasa "shopping..haruslah sampai lebam! "

Seminggu ni jadual aku memang pack. Hari2 g survey baju raya. Wakaka!
Takde la aku cerewet..memilih jee... XD

Finally, tadi setel semua!
2 pasang baju raya beserta kelengkapan tambahan... Aww!

So..
dah alang2 lusa dah nak raya.. InsyaAllah.. 
Aku nak ucap salam aidilfitri kepada 


 family aku ( bajet depa penah tengok blog aku! )
 kesayangan aku
 sahabat handai yang sanggup baca blog aku
dan paling penting.. 


-


-


-


-


-

 kepada Bloggers semua yang sudi jengok2 entry2 merapu aku

~Selamat Hari Raya Aidilfitri~
Maaf zahir dan batin.. ◕‿◕


ps: besok kalo sempat aku nak wish lagi skali :))
(sangat bajet..oh tidakkkk XD )

Wednesday, August 24, 2011

Tak habes2 pasal RAYA..

Assalamualaikum.. :))

Lebih kurang 5 hari lagi nak raya kan? Bahang raya tu jangan cakaplaa..membara! So, jom buat checklist skit. Mane nak taw..kot2 ada yang terlupa.
*******
Baju raya ✔

Bazar2 baju pon dah sesak ngan manusia. Kebiasaan raya. Orang nak shopping masa last minit. Time tu la nak dapat offer melambung-lambung pon. Heaven ◕‿◕
Aku dah tawaf 2hari dah. Tapi still blom beli. Hahakss!

Tiket raya ✔


Yang ni patot aku letak awal2 lagi. Raya raya jugak. Tiket bas tak beli, padan muka ekau!
Ni aku tujukan khas kat student2 yang merantau di negeri orang. Especially yang takde kenderaan sendiri.

Tapi dah less than 5 hari lg nak raya, konfem2 semua dah ada tiket. Ye dak?

Kuih raya ✔


Tak kira la kuih tradisional or moden, minggu ni kira minggu paling bizi la dengan benda2 alah ni. Mana nak buat, nak rasa, nak google resepi lagi.

Bagi yang ma$$yuk skit, tak main r buat2. Tempah sudah!

Duit raya ✔


Aku tak kawen lagi! So aku tataw la pasal bab2 ni. Tapi rasanya, parents semua dah bergegas g bank dah. Nak tukar duet..
Aku jadi tukang simpan duit je..ahakss!


Ucapan raya ✔


Ni aku blom buat. Haha. Malas nak awal2. Nanti2 la aku buat entry khas edisi ucapan hari raya Lyndaz Det. 
*bajet je.ahakss!
Jom usha ucapan raya dari sorang blogger nih. Awal gillerrr! Semangat! Haha


Sunday, August 21, 2011

Pantang Larang Malam Raya yang ...

Assalamualaikum.. :))

10..9..8..7...hari lagi nak raya!! Wehuuuu!! Syiok!

Dah alang2 tengah ada mood ni, aku nak share skit benda yang aku tak pernah miss masa malam raya. Semangat jee~


Iron baju.
( bukan baju raya sebenar )


Konfem la aku buat..takkan nak tunggu pagi raya kot..Tak pasal2 Incik Karen melarikan diri a.k.a. blackout! Tak raya lak aku! Haha.

Pasang tirai. Himpar karpet.


Common. Semua anak dara buat..Hihi :P

PAKAI INAI


Haaa...ni aku pantang tinggal. Tak meriah la raya kalo tak pakai inai.. ye dak?? hehe
Selalunya lepas dah setel buat keja baru la aku serah jejari aku kat tok aku. Beliau la tukang giling inai..tukang tepek inai.

Dalam pukul 12 malam camtu la aku buat benda ni. Bukan ape..Rasa macam excited giller je bila bangun pagi2 raya. Aku n sepupu sepapat aku mula r, orang Kedah cakap ciwi @ bajet. Semua nak bajet sape punya jari lagi merah. \(^_^)/


( bukan sepupu sebenar )
Point entry  ni sebenarnya..aku nak bagitaw, aku tak sabar giller nak pakai inai malam raya nanti! Hahahahaha ❤
( pokok inai yang subur di rumah tok! )


nota kaki : baju raya, kasut raya, bunga raya selendang raya blom beli!!! ◕︵◕


Friday, August 19, 2011

Besday Bermakna Bila ...

Assalamualaikum... :)

Sedar tak sedar dah 19 tahun umur aku. Haha. Hari ni dah 19 tahun 1 hari! ◕‿◕

18 August 2011.. I'm officially 19!


Tipikal budak2 ( budak...hehe) sebaya aku, asal birthday je nak buat prank! Memang tak sah r kalo tak kenakan si birthday girl/boy kan.

Aku pernah kena! Masa 17 tahun. Kena simbah air sabun!! Pergh! Nasib bukan main tepung.. ^^

Tahun lepas dapat surprise!! 


Sweet 18 on sweet 18/8

I really miss this moment! ♥

Dapat surprise party dari housemates! 


 six of us!

TAHUN NI?!

Sekarang kan tengah cuti..so tak dapat la sambut dengan housemates.. sob3.. ◕︵◕

Tapi..


Ada orang buat surprise jugak! ◕‿◕

Orang yang saya............... hehe ^^


He posted it in his blog. And I love it so much dear! Totally meaningful for me! Thanks!!  :)

Walaupun dalam 2D.. I really appreciate it!



Thursday, August 18, 2011

Boleh ke pilih tempat meninggal?

Dah terlambat aku nak buat Wordless Wed la pulak! Haha. Baru dapat ilham. So aku taknak r buat versi Wordless..


Terkedu aku. Mana la aku taw tempat meninggal aku..ye dak?? Ade ke yang taw?

Wednesday, August 17, 2011

Doodle ke dodol? Ajaq ceq sat..... :(

Olla..

Pernah buat doodle tak? Sekarang ramai je aku tengok buat entry pakai doodle. Pergh!! Lawa gilllerrr!!

Aku pon teringin gak nak buat. Tapi macam susah je kan..? Haha.
Tapi takpe. Nak try jugak! Blogger2 semua kan baik..so aku geledah2 jela blog dorang. Tapi aku tak  ingat lak blog sape yang aku terjah. Haha. Terok.

Okeh. Sesi pengenalan hasil kerja aku. Buruk gak den nengok neh. Maklumla tak kreatif... ◕︵◕ 

Betul ke doodle ni? Waaaaaaa..nak nangisssss!! Camne nak buat better than this? Tolong la ajar aku wahai blogger2 yang baik hati... 。◕‿◕。

Tuesday, August 16, 2011

Hujan ikan .. Pelik tapi Benar!

Ape benda paling rare korang pernah nampak? Setahun skali ke, saploh tahun sekali ke.. Ade tak?

Nak2 bulan puasa ni. Benda paling rare aku tengok ialah orang beratur panjang giller semata-mata nak beli AIR?! Apokehei nye ni jang? Tak percaya? Nak bukti?

Sat2 ceq nak selongkaq..
LOKASI - Bazar Stadium Darul Aman, Kedah ^
^
 
Giller kau tak pelik?!
- Orang ramai sanggup beratur panjang dari pukul 3 petang semata-mata nak beli air teh bunga.. o.O
***

Ni lagi satu benda paling rare aku jumpa. In fact baru pestime nyah....

 

Weh..teringin giller nak mancing bilo den tengok gambo ni!

Hujan ikan.

Pernah dengar hujan ikan? Pelik kan? Aku pon terkejut dan teruja bila benda ni jadi kat aku masa 14 Ogos hari tu. Benda ni jadi time malam. So kiranya time 15 Ramadhan la. 

Dalam pukul 10 malam camtu, kezen aku ajak keluar. Lepak2 mapley katanya. Pekena r capati ke tosey barang sepinggan dua. Kitorang g naik 2 bijik keta. Walaupon aku baru je menjahanam kan kereta masa Accident minggu lepas, tu tetap tak mematahkan semangat aku untuk drive!

Tengah2 nak hidup enjin, tetiba je..

Wey Linda! Ada ikan atas darat weyyyyy - bapak kuat kezen aku jerit! derm..  ==''

Aku pon dengan bajet cool g r wusha tempat kejadian. Mak aih.. Bertaburan ikan puyu. Besaaauuu punya!
Hairan bin ajaib bin pelik tapi benar! Kalo sekor dua tu ai tak kesah la yuu..ni mau dekat saploh ekor ikan melepak-lepak terdampar atas DARAT! 
Sesi kutip ikan..

Hujan lebat sangat. Air parit tepi bendang melimpah kot. Tapi kejap je pon..takde la sampai sejam air tu melimpah. Dasaaaat.. 1st time r ikan boleh tercampak atas darat. Tok aku pon cakap memang tak penah langsung ikan naik ke darat selama beliau tinggal di situ. Subhanallah.. Hujan ikan barangkali.. Ye dak??


Antara Facebook dan Nescafe..


7.34 pagi. Terasa macam nak update sometin kat blog. Dalam masa yang sama, bunyi2 kicauan burung di pagi hari menambahkan mood aku. Sejuk. Bestnya klo dapat sambung tido kan? Bukan ape..sekadar menikmati nikmat kesejukan pagi..

Berkira-kira aku sendiri. Oh. Sudah sejam aku berada di dunia tanpa sempadan. Dalam hati aku terdetik, giller ape aku ngarot pagi2 buta ni?! 
Hijau - baik untuk mata

Juga, tiba2 aku teringatkan keputusan Bahasa Melayu masa zaman2 sekolah dulu. Nama je Melayu, tapi result? Hancuss! Nak kata aku speaking London kat rumah, idaknye pon.. Lalu aku hentikan teka-teki di benakku.

Berkali-kali aku refresh laman sosial Facebook ku. Teringat perumpamaan yang pernah aku buat suatu ketika dulu. Facebook tu ibarat Nescafe. Kejadahnya ayat aku? 

Aura pagi hari akan ku gunakan sebaik mungkin. Dalam ingin mencari idea, aku imbas2 kembali kenangan aku ketika masih hingusan di bangku sekolah.

Terujanya aku bila nampak abang hensem datang sekolah. Dengan berkemeja rapi di seterika, lagak seperti wakil rakyat, beliau tanpa segan silu mengganggu guruku mengajar.Oh..nak jual buku. List buku di edarkan kepada setiap murid. Rakus. Tak sampai seminit, habis semua list di tangan brader tersebut. 

Yaa..sudah2 la bersastera berbunga-bunga. Ni la antara perkara yang jarang budak2 zaman sekarang rasa kan? Sekarang semua nak online je. Nak baca buku? e-Book ade. Nak beli buku? Beli online pon cukup.

Ah. Boring. Baik aku sambung tido. 

Monday, August 15, 2011

1st time Tengok Bunuh Diri Depan Mata...

Pernah tengok scene bunuh diri? Gantung diri ? Terjun bangunan? Terjun jambatan? 

Bunuh diri ni memang satu isu yang takleh pandang ringan. Sebab? Sebabnyaa..kalo kau bunuh diri kau, kau macam cuba nak menafikan hak Allah la. DIA yang berkuasa mengHIDUP dan meMATI-kan makhluk ciptaanNYA. 

Tadi ntah camna ntah, aku diberikan peluang untuk tengok Satu Makhluk Allah ni bunuh diri. LIVE. Takde censored langsung ok! And aku pulak teruja nak amik gambo..Yela..1st time kot weh..Haruslaa~

Sat2..Jom layan gambo! 

AMARAN!!
Sebarang keloyaan ditanggung sendiri okay!

Ni lokasi tempat kejadian.
*Bangunan bertingkat


Boleh tahan tinggi la jugak kan..














Mangsa - masih bernyawa pada awalnya



Nampak tak? Terbaring camtu je. Takde sesapa nak tolong pon. Aku mampu tolong amik gambo je.

Cedera parah di kepala - punca kematiaan.

Last skali..mangsa tidak dikejarkan ke hospital kerana tiada sesiapa terasa ingin menolong. Aku kata, biarlah..nak sangat bunuh diri~

Haha. Ai tak kejam laaa..


Ahhh...Lupa nak cakap. Siasatan awal mendapati mangsa terlibat dalam cinta tiga segi. Mangsa dikatakan telah bergaduh dengan 1 jantan lain dan akhirnya dipercayai telah ditolak oleh jantan tersebut dari atas bangunan dan jatuh ke atas kereta.
SEKIAN.

 

Sunday, August 14, 2011

Kemalangan JalanRaya ketika belom Raya...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur Ya Allah..masih diberikan kesempatan untuk menumpang hidup di muka bumi ni.

Kenapa? Kerana aku baru saja diberi peringatan kecil dari Allah. Maut itu pasti! 


Katakanlah, Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa  yang telah kamu kerjakan. (Surat al-Jumu'a: 8)

Yeah.. 9 Ogos 2011.. Aku terlibat dengan kemalangan. Keta yang aku drive berlanggar dengan motorsikal. Bayangkan macam mana perasaan aku time tu!

Imbas kembali...

Dalam pukul 8.10 malam aku habis keja..singgah rumah jup..amik barang. Pastu, lebih kurang 8.20 malam aku singgah 7E  (kezen aku beli barang ). Ni tengah on d way nak balik kampung. Aku berenti tepi jalan..bahu kiri jalan..

8.35 malam - aku nak kena singgah 1 kedai lagi..ada barang orang pesan. Tapi kedai tu kat seberang jalan. So, aku kena U-turn atau lintas jalan. Tunggu punya tunggu..agak lama r jugak,last2 aku konfem takde kenderaan lain dari kiri or kanan. And aku terus lintas.

TIBA2... kezen aku macam jerit. Apehal ntah dalam hati aku. Aku yang tengah lintas pusing r tengok kezen aku tuu.. AND...

BUMMM!

*Kuat giller bunyi ai tell yuu...

Aku nampak macam ada orang melambung depan aku. Aku nampak motorsikal melambung dari kanan aku ke kiri aku. 
AKU. . .
Sangat2 terkejut..!TAPI

Dari depan..depan mata aku..Ada keta datang dekat! Lampu keta 2 memang nampak dekaaaatt sangat. AKU STILL KAT TENGAH JALAN!

Motorist tu aku nampak still boleh bangun. Orang ramai cepat2 alih motor budak tu. And aku..? Terus aku habiskan pusingan U aku.. 
SANGAT SCARY!
 Bayangkan kalo aku still kat situ, and keta dari arah depan lak hentam aku?!


So far..Alhamdulillah..budak yang bawa motor tu juz terseliuh sikit. Tapi ada ambulance la yang datang amik dia. Husband kezen aku nak setel cara luar dengan budak tu, tapi dia taknak. Dia nak jugak buat report. So kitorang pon buat report..and aku kena saman! RM 300! Tapi fair and square laa..budak tu pon kena macam aku jugak. Hmm.. Actually budak tu takde lesen! So dia memang takde hak untuk berada atas jalanraya la kan..? And dia pon ngaku, dia kuar dari jalan shortcut! Memang aku tak nampak laaa.. LESEN P aku? InsyaAllah selamat..

TRAUMA? Jangan cakaplaa..Walaupun dah 5 hari benda ni jadi, aku still ingat. Sekarang aku drive pon dah macam takot2. Memang aku tak berani nak buat U-turn or keluar mana2 simpang. Even kalo simpang yang ada traffic light!! Sanggup aku cari jalan jaoh gillerr untuk buat U-turn. Contohnya, masok pusing kat Petronas and whatsoever..
SURAT SAMAN 1ST!
nak g bayar jup g


Saturday, August 6, 2011

Izinkan AKU jadi Doktor..

Tunggu...tunggu...dan terus tunggu...
Penat kan?

Bangun2 je tadi, tiba2 dapat mesej dari my fren :

" Eh Lyndaz Det! Dah dapat mesej MDUKM? "
" Uh? Eh tak dapat pon!!!! "
" Try buka no. 1 lagi..."


Dupdap..Dupdap... sambil tekebil2 pasang sim kat fon
OMG....takotlaaa.... ^︵^

Dah on fon..
seminit..
2 minit
10 minit
20 minit.....


~Sweating~
~Nervous~

✘ Message from Celcom je yang masok! ✘

Online facebook..

A :  Patotla lambat.. mesej sangat panjang.. penat nak taip kot ? 
B :  Lega dah dapat..semua dapat kan? Ade ke yang tak dapat? 

--->>> ouh...lagi scary.. Aku je ke yang tak dapat?!  ◕﹏◕

Tanya C ... dapat ✔
D... dapat ✔
E... dapat ✔

Okay.. aku start tacing..sedih.. wuwuwuuuuuuuu...... T.T

Den, member2 semua suruh call kolej.
Try...try...n try...
semua number aku call tak dapat/berjawab

Dalam hati..."mana aku nak merempat lepas ni.. ? "


-
-
-
-
-

And finally.................. tepat jam 12 : 23 JUMAAT
"...tahniah saudari atas kejayaan saudari dalam 
Sesi Temuduga Pemilihan bagi mengikuti 
Program MD UKM-AUCMS......."

..ALHAMDULILLAH..


..So, better late than never..kan!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...