home

My photo
I dont judge people but I do observe. A quiet gurl but not my brain. Single yet i eat double. Praise me then u are my enemy, honesty is what i call friend. I dont hold back when i talk, soo.. dont get offended by that k.

Followers

Tuesday, September 27, 2011

Fakta MUNTAH

Hello semua!!

Lama den tak menulih kan??
Ceh. Intro nak bajet je..

So, hari ni dah masok 3 minggu den jadi budak degree. Tapi kena tolak seminggu coz minggu first den kena g kem.. HAHA.

Awat den gelak?

OPSS...

Awat ceq gelak? ( *Aloq Staq mai.. )
Hm..

Dah nama pon pegi kem..paham2 jela.
1st time plak tuuuu..! ==''
Okay2..

Den malas nak cita pasal kem. Tak terabis den taip entry ni nanti kot!

So, semalam den baru je dapat buku2 yang den order. Buku apa?
Buku course den laa..

Kalau la buku den tu boleh ganti ngan MukaBUKU...hmmm....
♩♭♪ Indahnyaaa ♬♪
( siap ada backup lagu dalam kepala ni! )

Warkahkahkah! XD

PakweS baru- tolak 2 buku kaler cekelat

Berabis beratus-ratus jugak r.. T.T
Total $$ = RM 522

Biasiswa pon belom masok lagi..memang parah r jugak. Tembus poket woo!! XD

Ada lagi 3 buku belom beli................................ wuarghhhhhhhh!


Rasa nak ter-MUNTAH plak aku tengok buku setebal dinding ni.......... ~~''

Err.....

*pengsan* ◕︵◕

Thursday, September 22, 2011

Kejadian aneh di kolej.. SERIK!

Pergh!!!
Lama gak kan aku tak update?
Biasa r.. baru masok degree.. macam2 r kena setel.

Kali ni aku just nak curi masa skit. Nak citer sal satu kejadian aneh kat kolej aku.
Well..

Aku malas nak citer pasal 1st day or pasal tempat kediaman aku lagi. Boring.

Sepanjang hampir 2 minggu aku kat sini, dah macam2 jenis ragging n orientasi dah kitorang kena. So skip sat. Aku takda banyak masa ni.

Tadi ada sesi orientasi ngan senior 2nd year. Dorang ganas? Kejam?

Aku malas nak cita.

Adoi......... Panjang pulak intro aku.

So point aku sebenarnya, tadi..

Aku baru sedar aku ada SATU LAGI PENYAKIT!
Dulu aku penah cita pasal kisah trauma aku kat korang.. ( KLIK TRAUMA )

Senior2 suruh kitorang berbaris keliling swimming pool.. And korang boleh agak r ape yang dorng suruh buat kan?? Haha..

YES..... Kami semua kena masuk dalam kolam ramai2.
Kena kutip syiling yang dorang campak dalam kolam tu..

Aku macam.. OU MAI GOD.....


Mampussss.... cuak aku tengok kolam yang dalam!

Nak taknak aku kena turun jugak.

1 second



2 second....



8 second...............








Wuargh!!!!! Tolong aku mai prennnn... ( my frens )


Sumpah aku takot gila33x!!! Nangis aku dalam kolam tu!
Siap gigil lagi..

So seniors kuarkan aku dari kolam. Aku macam LEMAS! Tak mampu nak bernafas sebab sangat takut! Takde la aku tenggelam.. Air paras dada je..
But I'm scared.......




Woooo..aku citer kat sini pon dah rasa macam seram balik! Seyes aku serik dah masok kolam. Pertama dan Terakhir! T.T


ps : Aku penghidap aquaphobia  rupanyaa....


Aquaphobia.... patot r aku panik giler bila masuk dalam kolam tadi.. ◕︵◕

Saturday, September 10, 2011

Salam Terakhir........

Assalamualaikum..

Sehari je lagi.



Sehari je lagi.



Sehari je lagi.





3kali baca benda kat atas tu?
Geram?

Sekali sekala..apa salahnya.. :pp

OK. Takde benda sangat pon. Juz aku nak say adioss buat sementara waktu.

Nak masuk degree dah 11 Sept ni.
WAIT!

Tak sampai 1 hari dah kan?

 So? Sorry...aku tipu korang........ ( sila baca tanpa perasaan )

Dah nak masok degree ni. Aku pon dah tak pandai nak berkata-kata, hurm...
Adioss all.. ◕‿◕。

Wednesday, September 7, 2011

Aku diancam sorang Blogger!

2-3 hari ni traffic blog aku mencanak-canak jugak r. Ni semua gara2 sorang blogger nih. Pergh!! Cari pasal weyh!!

Dia cakap tak puas ati ngan aku. Siap nak sekeh aku lagi!
Apsal?!

Ish..ni yang aku rasa macam........
Ishhhhhh....

Tak cukup ngan tu. Dia cakap aku GILA!
Wuuu...Sentap ati aku Ai tel yuuuuuu.... ◕︵◕


P la terjah blog dia.

TAPI TUNGGU SAT! Hold on...

Aku baru je kenai blogger ni. Dia bagi tips cepat kaya kat aku. Wuishhhhh...
Anak sapa la takmau kaya kan....
HAHA

So aku tanpa segan silu p la usha2 rahsia kejayaan dia.
SUPERB!!
Tak Caya?! Ni tengok ni...DUIT'$ wey!!!

Terus aku follow dia. Mana nak taw.. kot2 ada lagi tips Nak Kaya dia hurai.. Takkan aku nak missed kot..
Warkahkahkah! XD

Dah2. Jangan layan sangat kepala otak aku ni. Jom p serang dia!!! Jangan lupa.. dia cakap dia nak sekeh aku kat SINI!







Kerja Gila.. Best Dera Blogger!

Selamat hari raya! ◕‿◕。

Wooh..1st time aku start mukadimah blog camni. Ahakss!
Aku suka buat benda gila. Warkahkahkah! ❤

Hari tu aku p terjah Hantu, pastu aku usha kes Bunuh Diri. Tak cukup ngan 2 benda gila ni, aku pi Hentam Kereta aku pulak! Nak tengok.. kuat ke tak kuat kereta aku. Hahakss!

OK. Kali ni, ada lagi hal yang aku buat!

Dera.

Say what??!
Haaa...Dera.
Aku try dera orang pulak. Best jugak kot...warkahkahkah!

Sapa mangsa aku yang bertuah tu? Hoho. Aku dera sorang Encik Blogger nih. Dera wey...
Orang len stail hentam blogger len dengan entry. Aku takmau. Boring~

Dari pagi terbit matahari aku dera. Sampai la pagi esoknya! Kejam ke? Haha

Ni rupa asal blog aku
Takde benda pon actually. Ni semua pasal header blog. Aku tak la jenis kreatif. Harap otak je tak berapa betul skit. Warkahkahkah!
So terpaksa la mintak tolong orang.
Kalo nak ikutkan..banyak benda lagi jadi masa renovate hari tu. Tapi tak sempat lak den nak printscreen. Ni je la boleh tunjuk.
Macam-macam aku komen kat Encik Blogger. Colour gelap sangatla, header tak center la. Pastu si blogger ni g tukar background blog aku. Dari putih melepak..jadi purple color.. Favorite aku gak Ai tell yuuuu... Banyak kali gak proses tukar2 background. Sebab aku asyik komplennnnnnnnn all the time!

Header pon aku asyik kompelen! Asyik kena reject je!
Penat gak dia nak tukar2. Haha.

Apapun..aku nak ucap thanks banyak2 kat Encik Blogger ni coz sabaq gila layan kepala hotak aku!

Jom terjah blog dia! Klik SINI XD



Tuesday, September 6, 2011

Misteri bau hanyir..

*Sambungan entry paranormal atas permintaan Abah a.k.a Ku Azhar.
Klik SINI untuk entry terdahulu.


Paranormal

Setelah kami berempat di kejutkan oleh pertanyaan misteri dari Encik Member, salah seorang dari member kamceng aku, Cik A lancang menegur bau busuk tersebut.

" Macam bau mayy...(mayat!)"
Opsssss!!!
Aku teringat. Orang tua2 pesan, kalo ada terbau wangi semacam atau busuk tiba2..
Jangan Tegur! Jangan Pandang Belakang! 
Bau wangi sering dikaitkan dengan bau melur.. paling subur kat kubur

Tak. Aku tipu! Jangan Tegur je.
So, tindakan member aku yang menyamakan bau hanyir tersebut dengan mayat adalah SAMA dengan MENEGUR!

Meremang juga bulu tengkuk aku. Tapi aku pon tak sure ada ke bulu tengkuk?! Abaikan..
Mata aku mula meliar. Kawasan keliling kelas memang gelap.
Dan menyeramkan.

Cik B, konon2 nak menyiasat. Mungkin ada sesuatu?
Perlahan-lahan Cik B bangun. Melangkah. Setapak..dua tapak. Akhirnya Cik B berhenti betul2 depan pintu kelas. Encik Member masih sniff2 hidung. Diam. Tidak seperti kebiasaan. Aku rasa pelik. ==''

Cik B berpaling ke arah aku n member2 lain. Elok je kaki dia cecah lantai luar kelas. Tup!
Semua gelap. Aku diam. Lupa nak jerit. ~~'

Slow2 kami gerak ke blok form 2. Peliknyaa.. Kawasan tu tak blackout!
Ah..ade jugak budak2 form 5 kelas lain. Lebih kurang 4 orang perempuan. Kami berkumpul kat satu tempat. Tapi none of us cerita pasal kes misteri bau hanyir tu kat dorang.

BUMM!
Pintu kelas kat blok form 2 tempat kami berkumpul macam kena hentam. Like seriously.. Sape boleh stay lagi?! Kali ni memang aku and budak2 lain lari tak cukup tanah. Encik Member? Dia masih melilau dalam kegelapan. Mencari saki baki budak form 5 yang mungkin berada dalam blok form 5.

Sampai hari ni. Kisah misteri bau hanyir tu belom dapat di rungkaikan..
"Jangan Biarkan Hidup Anda Diselubungi Misteri.."

Ya. Aku taknak aku je terselubung dengan misteri. Biar korang pon rasa tempiasnye jugak. Haha.

Takde la seram sangat pon aku cite. Tapi bila sendiri yang alami.. sendiri mau ingat la! XD

Monday, September 5, 2011

Antara study..semangat..seram.. dan Hantu!

**Entry ni mengandungi kes2 paranormal yang tidak di laporkan kepada pihak sekolah dan pihak berwajib...

Kejadian ni berlaku lebih kurang 3 tahun lepas. Time tu cuti. Semua junior balik umah. Tinggal la kami..senior form 5 kat maktab. Masa ni aku tengah semangat gila nak hadap SPM..*Semangat!Tak berapa minggu dah nak SPM..
3 orang yang terlibat ada kat sini~

Sabtu. Dalam pukul 8.30 malam, aku n member2 kamceng aku bergerak ke blok akademik untuk study. Harap maklum.. time ni sepatutnya bukan time prep. Dan juga hanya budak2 form 5 je tinggal. So.. takde orang nak lepak blok akademik. ( Kami skip ceramah kat surau..hihi. Nakal la..aww! )

Blok kitorang ni agak jauh la dari asrama. Kena redah blok-blok form 2 lagi. Tup.. tup..

Bila sampai je, lampu kelas kitorang dah menyala. wHAT tHE~
Cuak la jugak..

Kami berempat je kat situ. Perempuan. Aku memberanikan diri menjengah ke dalam kelas...*Che..wah!
Opocotsss!!!

ADA MAKHLUK bernama lelaki...Adess.. Budak sekelas gak sorang. Skip ceramah kat surau macam kitorang jugak..hihi

Tapi ni bukan perangai dia! Tak mungkin...........
Salah sorang ni la

So, kitorang pon study..study..study..dan sembang. Tiba-tiba je member laki tu tanya. "Korang ade bau busuk tak?"

Mak aih.......SERAM SIOT!
Budak laki ni siap buat hidung sniff2 lagi!

Tiba2 je ade bau hanyir. Siot gak mulut member aku sorang lagi ni. Sedap2 je menambah..
" Macam bau MAYY...." (dia nak cakap mayat..huuuuu)
" Wey diam!!!! " (ni aku yang sergah )

SCARY.

Den, sorang member aku lagi konon-konon nak siasat la..Baik punya dia jalan nak kuar klas
Lepas tuuuuu......



Semua gelap! Blackout weyh!! Serammm nyah!!
Lari bertaburan la kami..!!!

Ada lagi smbungan..tapi aku malas la nak type. Malas lak korang nak bace kan3??!
HAHA


Sunday, September 4, 2011

Kenapa tak boleh langgar..

Assalamualaikum.. :))

Sambil2 layan melodi Kiss The Rain- Yiruma, aku macam ter-flash back balik life aku. Masa zaman sekolah. Zaman semua pening nak pikir pasal SPM.

Aku rindu zaman tu!! 

Ceit! Tacing lak malam2 nih..hahakss~

Nak story skit la pasal geng2 kamceng aku. Blog aku..suka hati r! hehe


Aku yang pakai baju kuning tuu..Haha. Apsal kuning??
Bukan pasal aku pakai DIGI..tapi tu r uniform rasmi MRSM. Biru2 semua tu bukan pengawas yer..
Masing2 takde bakat nak jawat jawatan berdisiplin cenggitu..aww!

Ada benda gila yang kami buat!
Alang2 aku pon dah tak sekolah lagi..aku just nak story mory jela. Dah takde sape2 nak amik tindakan tatatertib dah pon..hehe

Para pelajar adalah dilarang sama sekali berada di kawasan akademik selepas jam 11MALAM!

Geng2 aku ni pantang skit kalo bab2 benda tegahan ni. Haha

Semua semangat nak study untuk SPM. 

Gila.

Kami lepak kat blok akademik sampai 2-3 pagi. Selalunya kami je la yang stay kat situ. Budak2 laki klas len ada gak r. Lantak la. 
Tak lama. Lepas brapa minggu ntah, tinggal geng kami je!


Rupa-rupanya.. 
Heboh!
Ada yang nampak kelibat2 kat kawasan kami stay-up.
Nenek kebayan dan..penanggal..

Eww~
Seram!

Teros tak berani nak stay lagi laa nyah!

Moral : Orang kata jangan tu jangan la.. hehe
Patuhilah peraturan anda!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...