Aku ingat lagi. Sat. Sebelum tu. Kampung aku sebelah mak n abah, kedua-duanya terletak di Alor Star.
Adakah anda tahu bahawasanya AIDILADHA disambut MERIAH di KEDAH dan KELANTAN?
Mungkin ada juga kemeriahan di tempat lain? Mungkin?
Kalau dulu2.. masa aku budak2 lagi, pagi2 raya lagi aku dah tercongok tercenguk terpacak depan umah tok aku. Terpacak di depan rumah tok. Sebab..
Umah tok aku merupakan tempat warga kampung di situ untuk bersolat hari raya.
*Nak dijadikan cerita..
Tok wan aku. Haha. Biarkan aku mengenang nostalgia lama.
ARWAH Tok wan aku.. isk3..
Beliau merupakan imam solat hari raya. Setiap kali solat raya, memang dia lah yang jadi imam. Tapi kalaupon ada sesekali orang lain yang mengambil tugas itu.. tidak lah dapat ku pastikan.
Terus-terang. Aku tak pernah solat hari raya! Nanti! Jangan salah paham. Aku masih kanak2 ribena di kala itu.. ahakss!
Berbalik pada cerita utama. Usai saja solat hari raya, aku, sebagai CUCU TUAN RUMAH mengepalai barisan kanak2 beratur di hadapan tangga. Hehe.
Duit raya harus sampai ke tangan cucu tuan rumah dulu! Sape potong 'turn' memang nahas r. Sepupu sepapat aku melebihi 10 orang. Jadi.. silalah beri laluan kepada cucu2 Haji Ramli yer!
Dan seterusnya.. bermulalah pengembaraan mengutip duit raya. Habis 1 kampung kami geledah!
PERHATIAN : sesi kutip duit raya Haji.. bukan Aidilfitri!
Okay. Taknak nak crita banyak2. Aku je yang syok sendiri nanti. Haha!
Mai nak tunjuk sikit perbezaan Aidiladha DAHULU dan SEKARANG
Selepas sembahyang raya.
DULU : . pesta kutip duit raya. Yang tua2 pon sibuk berkonvoi ke rumah member2.
SEKARANG : . Balik je sembahyang.. layan r crita2 ngarut kat tv
Duit raya.
DULU : . boleh didapati di semua rumah. Kenal atau tidak kenal, belakang kira.
SEKARANG : . sangat sukar dipeolehi! Bukan kerana aku bukan lagi kanak2.. adik2 aku pon susah nak dapat duit raya
Ziarah.
DULU : . Wajib untuk melawat jiran2 tetanga dan tak bertangga. Selalunya ikut mak dan abah la.
SEKARANG : . Lawat? Apehal? Lepak umah la bhai! ( tapi aku tak buat la macam ni! )
Itu semua perbezaan Aidiladha di kampung aku, di Kedah.
Tapi kalau nak dibandingkan KEDAH dan SELANGOR.. yelaa..aku pernah tinggal kat situ 8 tahun..
Memang sangat ketara la perbezaan KEMERIAHAN SAMBUTAN AIDILADHA kedua-dua negeri ini.
*Masa tahun 2005..
Abes je sembahyang raya, aku dan adik2 aku semangat je pakai baju raya. Nak pau duit raya kat jiran sebelah. Tapi aku TERKEJUT!
Boleh pulak jiran aku selamber dek je pakai seluar pendek membasuh kereta! Siap tanya aku nak p mana?! isk3.. kuciwa! Tidak kuharapkan duit raya..
So, bagi mengembalikan nostalgia beraya.. mak aku BUAT RUMAH TERBUKA. Jemput la semua kerabat2 negeri KEDAH.
Sumpah! Semua jiran aku tengok kepelikan! Hahakss!
Orang2 selatan sambut Aidilfitri je meriah. Kalau buat rumah terbuka tuu.. siap boleh extend masok bulan Zulkaedah! Hehe. Kenyataan dari pengalaman hidup aku yer.. Tolong jangan sentap! ◕‿◕。