Entry pertama 2012!
Dimulakan dengan sedikit perkongsian pengalaman menjadi fasilitator kepada para pelajar MRSM Kepala Batas. Walaupun terasa taknak update lagi hari ni, tapi.. terasa sayang pulak. Nanti dah hilang feeling nak bercerita. Kesudahannya.. simpan rapat dalam kotak ingatan. ( chewah! )
Berbalik pada pengalaman ini, aku n separuh batch aku ditugaskan untuk menjalankan program pembangunan insaniah atau aktiviti dengan masyarakat. Mrsm Kepala Batas boleh dikatakan titik tolak permulaan aktiviti kami dengan masyarakat sekitar.
***
Skema plak ayat.
So, kiranya mrsm ni jadi komuniti pertama yang kitorang handle. Lepas ni ada lagi btw, Macam senior2 kitorang. Dorang every year, ade je aktiviti khidmat masyarakat yang dorang buat. 2x gak aku join dorang buat aktiviti. Tolong2 apa yang boleh. Memang best la aktiviti yang dorang buat!
Kitorang kena handle budak2 form 5. Yela..dorang kan nak SPM taun ni. So kitorang cuba untuk bagi sedikit motivasi kat dorang. Kitorang buat sesi Study Talk n Career Talk.
Perjalanan.
Budak2 form 5 dibahagikan dalam 16 kumpulan; 11 atau 10 orang 1 kumpulan. Sebelum tu macam biasa la, ada la sesi briefing dari kami.. camna perjalanan program n all..
Setiap kumpulan ada 2 orang fasi. Lelaki dan perempuan. Aku partner dengan Mr. Jaarvis ( haha! ). Memang terbaik la Jaar! Thanks a lot! Aku ada masalah sikit dengan orang yang aku tak biasa. Susah nak beramah mesra. Memang masalah..
Tak reti bhai nak break the ice.. ==''
Kitorang share tips macam mana kitorang hadapi SPM dulu dan jugak pasal interview untuk scholarship. Ada jugak kitorang guide pasal macam mana nak jadi medical student. So far, dalam group aku, ada 3 orang je nak jadi doctor masa sebelum kitorang berbincang lanjut. Lepas dorang dah faham semua, baru la macam lebih separuh nak jadi doctor. Ada yang nak jadi pilot, akauntan, n ENGINEER❤!
Takpe la. Theirs decision. Yang penting dorang buat betul2 untuk SPM. Aku cakap SPM ni la penentu dorang buat masa sekarang. Once dorang dah dapat tempat, SPM tu boleh jadi memory je. Kena start dari kosong balik. Macam kitorang.. ^^
Hari ke-2 kat mrsm tu pulak, kitorang buat sesi senam aerobik. Poco2 sebenarnya. Ada la dalam 10 minit kot. N we proceed with EXPLORACE! HAHA!
Dah nama explorace..memang banyak la task! Ada 8 checkpoint yang budak2 form 5 ni kena complete kan. So, setiap checkpoint ada 4 fasi yang jaga. Apa yang aku boleh simpulkan, checkpoint aku memang terbaik la!
Jeng33x...!
Agak2 ape task kat checkpoint kitorang?! XD
Ada 2 task kat checkpoint kitorang. Btw, clue kitorang sangat senang!
Jadi.. tak kan la nak bagi task yang senang2 pulak kan..? HAHA!
Task pertama :
Task yang menguji otak dorang. Dorang kena solve n complete kan SALT EQUATION.
Aku ngan 3 orang fasi lagi kena stay kat Pavillion. Kat tengah padang. Kesian pulak tengok budak2 ni berlari2 tengah panas. Tapi kesian camtu jela. Task tetap task. Takde makna aku nak bagi discount. Even kat group sendiri! HAHA.
Untunglaa group2 yang ada otak chemist. Means, ada yang terer chemist. Kebanyakkan yang otak chemist ni pompuan la. Boys ada la 2-3 group. Tahniah ye dik!
Task kedua :
Makan. Makan ape yer??
Tehee~
Kalau ikut rancangan awal, masa brainstorming ngan fasi2 yang lain, kitorang nak budak2 tu
makan Peria! Mentah punya bang! Amik kau. Memang pahit la kan.. ^^
Tapi masa hari kejadian, tak jadi pulak nak bagi dorang makan peria. Alaaaa... :(
Peria tu kitorang ganti dengan CILI PADI. Yeah!
Makin kecik Makin BERAPI!"
Setiap kumpulan ada campuran laki n perempuan. Jadinya.. setiap kumpulan kena habiskan 2 biji cili padi a.k.a cabai melaka. Simple je.. hehe.
Jangan risau adik2 ku sayang.. akak2 n abang2 takde la kejam sangat pon kan. Akak2 n abang2 kasi jugak air kat korang. Seb baik akak n abang2 tak kasi air panas kan.. Wakaka! Kejam gila yuuuuu!!
Penalti.
Muka salut tepung + telur.
kena pulak ngan cili padi. Memang A++
Pedas..! XD
Berbalik ngan task pertama tadi. Apa akak2 n abang2 buat bila adik2 ni tak dapat jawab equation tu eh? ^^
Simple jugak. Takde la kitorang suruh budak2 ni nyanyi ke ape ke. Kitorang cuma double kan jumlah cili yang dorang kena makan. Means.. 4 biji cili untuk; 2 for boys, 2 for girls. Nobody can escape! Kalau aku, ok je if dorang nak buang biji cabai tu dulu before makan. Tapi silap besar la kalu tanya kat Jaarvis. NO no no. Kau makan jugak dengan biji2 tu! Haha! Suka aku!
Penat pulak bercerita.
Keseluruhannya, student form 5 MRSM KEPALA BATAS memang terbaik!
SEMANGAT!
Love you guys, MRSM Kepala Batas! ◕‿◕。