Ehhh..
Baru entry 1st untuk 2013??
Selamat tahun baru lah kalau camtu. XD
Okay. Jom buat sesi kongsi pengalaman sikit untuk kali ni. Boleh?
Derma. Apa anda faham dengan maksud menderma? Atau sedekah?
Tujuannya adalah untuk membantu saudara kita, tidak kira lah saudara sedarah atau tidak, selagi dia bergelar manusia, dan berkongsi bumi yang sama, maka seharusnya kita cuba untuk membantu mereka.
Macam-macam yang boleh kita derma; wang, pakaian, makanan dan sebagainya.
Sebaik-baiknya, barang yang kita sayang. Paling sayang!
Tapi kali ni saya nak kongsi tentang DERMA DARAH. *actually pengalaman derma darah ^^
Sapa tak sayang darahhh..hehe
♥_♥
Yeay!! Saya dah menderma!
Alkisahnya, tadi masa kelas, sembang2 dengan kawan, n tiba2 rasa nak menderma. Lama dah sebenarnya teringin..tapi ada gak rasa takut. Dan kemuncaknya, kami sepakat untuk menderma lepas habis kelas, memandangkan kelas sampai tengahari je tadi.
Oh btw, ni PENGALAMAN PERTAMA saya derma darah! :')
Ok. Antara syarat2 untuk menderma :
(* hanya sebilangan yang dimasukkan)
1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.
2. Berumur di antara 18-60 tahun.
3. Berat badan melebihi 45 kg.
4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
5. Tiada masalah kesihatan.
6.Untuk penderma wanita:
Pengalaman Ketika Menderma Darah.
Untuk menderma, kita perlu mengisi borang yang disediakan, kemudian, tekanan darah, denyut nadi, kumpulan darah dan kadar hemoglobin dalam darah akan diperiksa untuk memastikan kita adalah penderma sihat.
Jeng2!!
Saya kena cucuk 2 kali!! Mula2 tangan kanan..disebabkan salur darah ( vein ) ditangan kanan saya kecik, maka 2 kali nurse tu cucuk pon masih tak dapat. Huhu T.T
Ingatkan dah tak boleh menderma. Tapi saya minta nurse tu cuba tangan sebelah kiri pulak. (*walaupun dah macam cuak gak sebenarnya)
Alhamdulillah.. tangan sebelah kiri, walaupun susah gak nak cari vein tu, tapi sekali cucuk je terus masuk. Untuk kali pertama, saya hanya perlu menderma sebanyak 350ml. Maksimum darah yang boleh diderma seseorang ialah 450ml .
Tak sakit pon! Macam kena gigit semut je :p
Siap boleh tengok lagi nurse tu cucuk kat 2dua tangan!
Darah turun laju je, bak kata kawan saya. Ok la kot tu. So, saya just rehat2 jela sambil tunggu darah tu penuh bag.
Tiba2 rasa macam sejuk! Oh Mak Akuuuu.. Nak pengsan ke apa ni?? T.T
Nurse ada tanya, ada rasa apa2 tak? Terus je saya cakap rasa macam nak pitam. Macam berpinar2. Tak tahan sangat dah ni!
Jadi, nurse tu terus hentikan salur keluar darah. Muka saya dah pucat.
Tapi saya bukan mabuk darah!! XD
Badan ni kedekut nak keluar darah kot. Haha. Terkejut agaknya bila keluar darah banyak2.
Nurse tu bagi air mineral dan suruh habiskan. Tapi baru je separuh, dahhhhh rasa nak muntah! Nurse bagi bekas untuk muntah. Bluerkkkkk! Penuh! Keluar balik roti jagung yang baru makan! *sila jangan geli :p
Kaki ditinggikan dari aras kepala untuk membantu pemulihan badan. Rehat kejap. Lepas tu dapat minum Milo Panas! Hee.. macam tak pernah minum plak kan! xP
* Tak dapat tangkap gambar masa menderma. Patuhi peaturan!
So far, ok la menderma ni. Best! Cuma ragu2 la sikit sebab kejadian tadi; boleh ke tak lagi nak derma lepas ni? Mungkin sebab makan sikit je pagi tadi ditambah plak tidur macam tak cukup je semalam. Student. Biasalah. ;)
Terima kasih sudi baca :))