Assalamualaikum.. :))
Buat pertama kalinya, saya nak berkongsi sesuatu yang lain dari kebiasaan entri2 saya sebelum ni.
Kongsi resepi. Kira aci la kan ;p
Hidup sebagai student ni mesti nak yang serba ringkas dan kalau boleh cepat. Kan? Nak berjimat lagi..
Jadi, hari ni, kita akan teruskan ke sesi ketuk2 buku kuali bersama saya, LyndazDet ◕‿◕
Resepi yang Simple. Murah. Dan sedap! (angkat lagi..angkat lagi.. :p)
Masam. Manis. Pedas |
Pening jugak nak kasi nama resepi ni sebenarnya..haha. Udang Selimut Telur (telur bungkus versi student :p ) Haha. Nama macam ape je. -.-
Bahan2
udang - terpulang nak letak banyak mana. Buang kulit, kepala, dan potong kecik2
*cili hijau @ cabai melaka - 4-5 biji. Boleh tambah kalo nak pedas
*bawang merah - 2 ulas
*bawang putih - 1 ulas
sos tiram - 1 camb
garam, gula secukup rasa
Telur - 1 biji
( kisar @ tumbuk bahan2 bertanda*. Kisar kering. Jangan letak air!)
Cara penyediaan
1. Panaskan kuali. Letak sikit minyak untuk tumis
2. Tumis bahan2 yang dikisar/ditumbuk. Kejap je. Agak2 macam masak sikit.
3. Masukkan udang, sos tiram. Goreng sampai udang masak/kemerahan.
4. Angkat udang. Ketepikan.
5. Telur didadar. Guna kuali yang sama (minyak sikit je! nak kasi telur tu juicy dengan bekas gorengan udang tadi.)
6. Tuang udang atas telur. Bungkus/roll/lipat. Siap! :D
**nak dadar telur siap2 pon takpe. Tapi kurang juicy la rasa telur tu.
Hahaha. Siap jugak entri resepi! Awwhhh. Nak nangis! :')
Selamat mencuba!
p/s : sesuai dimakan begitu sahaja. Untuk yang diet tanpa carbohydrate, sangat2 sesuai la. Hikss. Sampai ketemu lagi... ^^