home

My photo
I dont judge people but I do observe. A quiet gurl but not my brain. Single yet i eat double. Praise me then u are my enemy, honesty is what i call friend. I dont hold back when i talk, soo.. dont get offended by that k.

Followers

Sunday, October 21, 2012

Buluh

Assalamualaikum.. :)

Agak lama ye saya tak menulis kat blog ni. Dengan macam2 benda yang jadi, saya rasa kurang selesa untuk berkongsi sesuatu seperti selalu. Senang cerita.. rasa macam hilang idea terus.

So, permulaan kepada sem baru ni, walaupun dah masuk module ke-2 saya belajar, saya rasa saya patut bergiat aktif, menulis macam dulu balik. Ecewah!

Ayat nak skema je. -.-'

Ok. Ada 1 benda nak cerita sikit ni. Bukan gosip. Harap maklum.

Pernah dengar tak peribahasa, melentur buluh, biarlah dari rebungnya
Dulu ada 1 iklan kat tv, budak2 diajar menabung. Tabung pulak diperbuat dari buluh. Masa tu saya ingatkan buluh tu memang kena lentur2 untuk jadi tabung. Tak tahu pulak makna sebenar peribahasa yang diulang2 kat tv masa tu. Ye. Tak kreatif betul saya. -.-''

Baik. Maksud peribahasa ni sebenarnya (wah..macam cikgu pulak!) mendidik anak, biarlah dari kecil. Bila rebung dah jadi buluh, kau lentur atau bengkokkan macam mana pon, buluh tu tetap takkan berubah. Paling2 kuat, buluh tu akan patah.

Macam manusia jugak. Kalau dah tua bangka baru nak ajar jadi baik, memang parah la. Melainkan manusia tersebut dicampakkan hidayah dari Allah. ;)



Ni gambar saya ambil masa kat surau Jusco Bukit Mertajam semalam. Nampak tak betapa kita, sebagai orang dewasa ni sangat sangat sangat memainkan peranan penting kepada adik2, kanak2, dan juga anak2? Walaupun tak tahu bacaan dan rukun2 solat, budak ni still, ikut mak dia solat. Mak dia berwuduk, dia pon ikut berwuduk. Mak dia solat, dia pon solat. Rasa macam tersentuh je tengok semalam :')





........saya hilang idea. Tengah mencuba untuk menulis dengan cara baru. Maksud saya, gaya penulisan baru. Yang lebih matang dari dulu. Tapi setakat ni jela kali ni. Saya perlukan lebih latihan rasanya. :p

Terima kasih kepada yang sudi baca.. :')

p/s : idea ada. Tapi tak tahu nak luah macam mana. Isk. T.T


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...