MUDAH-MUDAHAN BERJAYA MENJADI PELAJAR PERUBATAN HINGGA TAHUN AKHIR!
- Lyndaz
- I dont judge people but I do observe. A quiet gurl but not my brain. Single yet i eat double. Praise me then u are my enemy, honesty is what i call friend. I dont hold back when i talk, soo.. dont get offended by that k.
Followers
Saturday, December 31, 2011
Saturday, December 24, 2011
Membela belaan..
Salam update!
Lama den tak update kan? Normal la.. student macam den nih. Banyak benda nak kena buat.
Btw, den tengah rasa happy bercampur-campur nih!
Minggu lepas den pindah umah.
Balik umah lama den.. 7 tahun lepas.
Masa den abes je dapat result UPSR, terus den memblah-kan diri den ke perantauan.. Selangor nun..
Sekarang ni den dah balik tempat asal den.. KEDAH DARUL AMAN! :)
Nak citer. Den rasa teruja + terharu + tacinggggg giller weyh! Dapat tinggal umah ni balik..
huhu..sobss!
Actually.. ada 1 benda lagi nih.
Aku amat2 lah teringin.. terliur.. NAK BELA IKAN!
Seyesly.. aku teringin nak ada 1 akuarium sekarang ni!
Aku nak bela ikan kecik2 yang warna warni..
Nak dengar bunyi ayaq dalam akuariun tuu.. :(
Sape baik hati nak hadiahkan aku akuarium 1 ?
@_@
Wednesday, December 7, 2011
Hak pengguna tercabar!
"Nak meniaga buat cara nak meniaga bang!" getusan hati aku.
Alkisah.. tadi aku g lepak2 kat R&R Pantai Bersih. Hajat dihati nak makan koteaw kerang kat situ. Well.. favorite. Punyalah berlagak, tak nak beli yang ade jual kat kedai depan kolej aku. Nak jugak kat Pantai Bersih! Kalah orang ngidam pulak.
7 orang kami semuanya. 2 biji keta. 1 keta tu, pagi2 dah bergerak meninggalkan kolej. Tengok Ombak Rindu kata mereka..
So, tinggal la kami ber-3, kuar lewat sikit. Pukul 5 baru jalan. Nak layan Ombak Pantai je bang! Ahah. Memang basah kaki la. Takde nak basah mata macam bebudak 4 orang lagi tu. Dorang plak, after wayang, terus gerak ke situ..
Layan2 ombak dan berdrama skit.
Lepas tengok sunset, baru g redah gerai2 kat situ. Cari koteaw kerang. Tapi takde pulak katanya..
Hmm.. layan Char koteaw je lah. Janji koteaw!Yang lain dengan selera masing2 la.
Nak dijadikan cerita, member aku nih order air suam. Giller punya bersih la kedai nih. Dalam air a.k.a ayaq tu boleh lak ada 3 ekor semut buat tarian Hawaii dalam gelas tu!
Hmm.. takkan tak nampak bang?! 3 ekor kott.. bukannya sekor. Dah tu pulak dalam air suam, bukan air kopi. Konfem nampak! Nak kate semut dari gula, memang tak masuk akal la kan.
Okay. Takde sape bising pon. Just panggil abang tu tukar je air baru.
"Nak meniaga buat cara nak meniaga bang!"
Bukan aku panas pasal ade semut. Tapi cuba tengok balik gambar kat atas. Boleh plak dia g hempas gelas tu atas meja!
Aishhhh... Takde adab betul! First time aku tengok orang camni. Apesal nak bengang ngan customer lak? Orang mintak tukar air ngan cara baik. Bukan bising2 pon!
Aishhhh.. Tak pasal2 aku bising dalam blog! Aishhhhh... ( terpengaruh crita korea lak buat bunyi camni. ~~'' )
Friday, November 25, 2011
Akibat Terr-lalu kreatif..
Cikgu yang paling korang takleh lupa?
Ada ke tak? Btw, aku ada. Banyak sebenarnya. Kalo nak story memang panjang ah. Tapi takpe.. biar aku kecilkan kriteria pemilihan cikgu yang tak dapat aku lupa.
Selain dari cikgu kegemaran, cikgu yang sukar untuk kita lupakan ialah cikgu yang pernah memberi 'sesuatu' kepada kita! Sesuatu itu tidak bermakna hanya ilmu yang dicurahkan, boleh juga suatu kenangan yang.......ehem!
![]() |
| Dulu2, nak dapat kapur baru kena p amik kat pejabat sekolah! |
Teringat aku ketika waktu aku masih di awal persekolahan. Dalam erti kata lain, waktu tu umo aku baru 7 tahun. Sangattt hingusan!
Tapi takpe. Jangan risau. Aku sangat2 yakin dan pasti, mak aku ade bekalkan tuala goodmorning kepadaku. Yela..as budak hingusan.
Ahah! Siapa faham ayat aku nih memang otak sengal ah! Yang tak faham mesti baca 2-3 kali kan??
Nak baca lagi ke? Abaikan..kadang2 ayat penuh setiap ayat yang aku taip kat sini hanya bermain2 di kepala lutut otak aku je. ~~''
**
Cerita bermula pada suatu petang yang damai. Aku dan adik ku melepak-lepak di pangkin di bawah pokok nangka yang belum berbuah sulung. Baiknya aku, kerana sangat tekun menyiapkan kerja matematik *dulu muda2 aku belajar matematik dalam BM .
Sambil2 tu, mata aku mecuri pandang bapakku yang sedang membakar sampah. "Oh daddy..please go away..ehem!" <--- tapi dalam hati jela.
Sampai 1 saat kegemilangan tu, bapakku melangkah masuk ke dalam rumah.
Gembira.
"Eh2. Api nak padamlaaaaa.."
Minda ku yang luar biasa bijak telah mengeluarkan mentol idea. Buku latihan matematik kesayangan ku mula tersipu resah.
"Isk..berakhirlah riwayat aku, Sebuah Buku Matematik!" Ah. Aku arif sangat dengan buku ku yang sangat suka bermonolong nih.
Tanpa riak bersalah, aku koyakkan muka-muka surat terakhir buku latihanku. Takkan nak koyak m/s depan kot?! Pakai akai la sikit bro!
Satu demi satu kertas dari buku aku koyak. Dengan idea:
untuk memanjangkan hayat api yang membakar sampah, kertas perlu melakukan pengorbanan!
dan hipotesis :
semakin banyak kertas terkorban, semakin kuat nyalaan api.
***
Esoknyaaaa..
Memang habuan ah! Cikgu matematik aku, Cik Norma rasanya, panggil aku mengadap di hadapan kelas. Muka cikgu aku tuuu...ah, lagi merah kulit aku rasanya!
Aku disoal bertubi-tubi.
"Kenapa buku kamu koyak2 ni?!"
eh? terkoyak? terkoyak sendiri kot cikgu.. <-- dungu gila aku!
"Oh? Terkoyak sendiri.. hantu mana nak buat hah?! "
Pergh! dia punya jerit.....
Habuan aku. Dapat ketam masak lemak cili api pedas gila berasap. Elok je hinggap kat perut aku. DUHH! ~~''
Oh..baru ceq tau.. apa2 yang kita buat sebenaqnya cikgu dapat trace. Macam guna sihir bawah umur depan muggle!
moral kejadian ni :: Semua cikgu yang mengajar math kat aku memang jadi cikgu favourite aku. Terima kasih cikgu!!
Pengajaran :: jangan sekali-kali koyak buku di helaian belakang sekali. Kerana yang belakang tidak akan pernah meninggalkan depan. Koyaklah helaian di bahagian tengah sebuah buku! Depan dan belakang, forever together!
Subscribe to:
Posts (Atom)











