home

My photo
I dont judge people but I do observe. A quiet gurl but not my brain. Single yet i eat double. Praise me then u are my enemy, honesty is what i call friend. I dont hold back when i talk, soo.. dont get offended by that k.

Followers

Sunday, September 4, 2011

Kenapa tak boleh langgar..

Assalamualaikum.. :))

Sambil2 layan melodi Kiss The Rain- Yiruma, aku macam ter-flash back balik life aku. Masa zaman sekolah. Zaman semua pening nak pikir pasal SPM.

Aku rindu zaman tu!! 

Ceit! Tacing lak malam2 nih..hahakss~

Nak story skit la pasal geng2 kamceng aku. Blog aku..suka hati r! hehe


Aku yang pakai baju kuning tuu..Haha. Apsal kuning??
Bukan pasal aku pakai DIGI..tapi tu r uniform rasmi MRSM. Biru2 semua tu bukan pengawas yer..
Masing2 takde bakat nak jawat jawatan berdisiplin cenggitu..aww!

Ada benda gila yang kami buat!
Alang2 aku pon dah tak sekolah lagi..aku just nak story mory jela. Dah takde sape2 nak amik tindakan tatatertib dah pon..hehe

Para pelajar adalah dilarang sama sekali berada di kawasan akademik selepas jam 11MALAM!

Geng2 aku ni pantang skit kalo bab2 benda tegahan ni. Haha

Semua semangat nak study untuk SPM. 

Gila.

Kami lepak kat blok akademik sampai 2-3 pagi. Selalunya kami je la yang stay kat situ. Budak2 laki klas len ada gak r. Lantak la. 
Tak lama. Lepas brapa minggu ntah, tinggal geng kami je!


Rupa-rupanya.. 
Heboh!
Ada yang nampak kelibat2 kat kawasan kami stay-up.
Nenek kebayan dan..penanggal..

Eww~
Seram!

Teros tak berani nak stay lagi laa nyah!

Moral : Orang kata jangan tu jangan la.. hehe
Patuhilah peraturan anda!

Monday, August 29, 2011

Entry backup Raya 2011..

Weyh...
Lama gila aku tak update!
Minggu terakhir before raya..besa r. SHOPPING WEH!!

Bak kata perlibahasa "shopping..haruslah sampai lebam! "

Seminggu ni jadual aku memang pack. Hari2 g survey baju raya. Wakaka!
Takde la aku cerewet..memilih jee... XD

Finally, tadi setel semua!
2 pasang baju raya beserta kelengkapan tambahan... Aww!

So..
dah alang2 lusa dah nak raya.. InsyaAllah.. 
Aku nak ucap salam aidilfitri kepada 


 family aku ( bajet depa penah tengok blog aku! )
 kesayangan aku
 sahabat handai yang sanggup baca blog aku
dan paling penting.. 


-


-


-


-


-

 kepada Bloggers semua yang sudi jengok2 entry2 merapu aku

~Selamat Hari Raya Aidilfitri~
Maaf zahir dan batin.. ◕‿◕


ps: besok kalo sempat aku nak wish lagi skali :))
(sangat bajet..oh tidakkkk XD )

Wednesday, August 24, 2011

Tak habes2 pasal RAYA..

Assalamualaikum.. :))

Lebih kurang 5 hari lagi nak raya kan? Bahang raya tu jangan cakaplaa..membara! So, jom buat checklist skit. Mane nak taw..kot2 ada yang terlupa.
*******
Baju raya ✔

Bazar2 baju pon dah sesak ngan manusia. Kebiasaan raya. Orang nak shopping masa last minit. Time tu la nak dapat offer melambung-lambung pon. Heaven ◕‿◕
Aku dah tawaf 2hari dah. Tapi still blom beli. Hahakss!

Tiket raya ✔


Yang ni patot aku letak awal2 lagi. Raya raya jugak. Tiket bas tak beli, padan muka ekau!
Ni aku tujukan khas kat student2 yang merantau di negeri orang. Especially yang takde kenderaan sendiri.

Tapi dah less than 5 hari lg nak raya, konfem2 semua dah ada tiket. Ye dak?

Kuih raya ✔


Tak kira la kuih tradisional or moden, minggu ni kira minggu paling bizi la dengan benda2 alah ni. Mana nak buat, nak rasa, nak google resepi lagi.

Bagi yang ma$$yuk skit, tak main r buat2. Tempah sudah!

Duit raya ✔


Aku tak kawen lagi! So aku tataw la pasal bab2 ni. Tapi rasanya, parents semua dah bergegas g bank dah. Nak tukar duet..
Aku jadi tukang simpan duit je..ahakss!


Ucapan raya ✔


Ni aku blom buat. Haha. Malas nak awal2. Nanti2 la aku buat entry khas edisi ucapan hari raya Lyndaz Det. 
*bajet je.ahakss!
Jom usha ucapan raya dari sorang blogger nih. Awal gillerrr! Semangat! Haha


Sunday, August 21, 2011

Pantang Larang Malam Raya yang ...

Assalamualaikum.. :))

10..9..8..7...hari lagi nak raya!! Wehuuuu!! Syiok!

Dah alang2 tengah ada mood ni, aku nak share skit benda yang aku tak pernah miss masa malam raya. Semangat jee~


Iron baju.
( bukan baju raya sebenar )


Konfem la aku buat..takkan nak tunggu pagi raya kot..Tak pasal2 Incik Karen melarikan diri a.k.a. blackout! Tak raya lak aku! Haha.

Pasang tirai. Himpar karpet.


Common. Semua anak dara buat..Hihi :P

PAKAI INAI


Haaa...ni aku pantang tinggal. Tak meriah la raya kalo tak pakai inai.. ye dak?? hehe
Selalunya lepas dah setel buat keja baru la aku serah jejari aku kat tok aku. Beliau la tukang giling inai..tukang tepek inai.

Dalam pukul 12 malam camtu la aku buat benda ni. Bukan ape..Rasa macam excited giller je bila bangun pagi2 raya. Aku n sepupu sepapat aku mula r, orang Kedah cakap ciwi @ bajet. Semua nak bajet sape punya jari lagi merah. \(^_^)/


( bukan sepupu sebenar )
Point entry  ni sebenarnya..aku nak bagitaw, aku tak sabar giller nak pakai inai malam raya nanti! Hahahahaha ❤
( pokok inai yang subur di rumah tok! )


nota kaki : baju raya, kasut raya, bunga raya selendang raya blom beli!!! ◕︵◕


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...