home

My photo
I dont judge people but I do observe. A quiet gurl but not my brain. Single yet i eat double. Praise me then u are my enemy, honesty is what i call friend. I dont hold back when i talk, soo.. dont get offended by that k.

Followers

Tuesday, December 8, 2015

To survive or not to survive.






With the current obstacles to finish my med school, I have to admit that sometime I feel like giving up on my studies. 

Studying and surviving alone is so depressing. I did not have a shoulder to cry and always pretending like I am okay but the fact is, I’m not. 

The pressure. L

Wednesday, September 2, 2015

Persoalan.

Kenapa saya masih 'gagah' bertarung dalam bidang perubatan?

Kenapa saya tidak mampu berputus asa dengan bidang ini?

Adakah perjalanan ini akan berakhir dengan baik atau sebaliknya?

Beribu persoalan. Tidak berani memberi jawapan.


- sebelum menutup mata. 0350hr.

Saturday, August 9, 2014

Pecah Ruyung.

Assalamualaikum dan hi ;)







  
Usha2 balik entri2 lama, belakangan ni asyik berkisar pasal pencapaian diri je kan? Dah tiada entri merapu macam zaman2 muda remaja dulu. Haha.

Takpe lah.. dah makin matang ni, entri2 pon haruslah matang. Bukan nukilan ala2 budak hingusan lagi kan?

Jadi, untuk kali ni, den nak coretkanlah pencapaian eden untuk exam semester 4 hari tu, yakni exam akhir semester untuk Tahun 2. Ye lah.. kiranya blog ni dah jadi diari dan inspirasi den la bila dah putus asa untuk study.

Well, study medic ni bukanlah dapat konsisten bermotivasi. Kadang2 tertiarap juga. So, apa yang den buat bila dah ‘down’ dan rasa tak mampu nak study lagi?

  •        Selalunya bila dah stress sangat, den akan tidur sepanjang masa. Konon2 nak lari dari masalah. Bila bangun, still, banyak lagi yang tak terbaca. Stress lagi, TIDUR lagi. Stress lagi, TIDUR lagi. Dah suntuk masa baru menyesal.
  •         Bila dah menyesal, barulah cari balik diari2 motivasi eden. Dah terbiasa buat macam ni bila nak study. Diari? 
      Yup. Dalam tu den cuma tulis apa matlamat eden untuk hari itu dan matlamat jangka pendek yang den nak capai, dan juga apa penyesalan den pada hari tu. Haha?
Contoh:

“Astaghfirullah.. laghanya (sia-sia) hari ni. Dari pagi sampai petang asyik tidur, fb, tidur, fb. Aku mesti UBAH!
Aku kena pastikan hari ni aku habiskan study chapter bla,bla,bla. Pastikan exam EOM nanti tak fail. Pastikan aku cover semua chapter, so that aku tak kelam kabut masa final nanti. Dan bla, bla, bla.”

-        Haa..bila dah baca, barulah rasa SEMANGAT! Berkobar-kobar ni. Lagi-lagi bila dah amik coffee. ;)


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Result semester 4 hari tu dah keluar. Dan selari dengan kehendak dan matlamat eden, Alhamdulillah eden berjaya jugak lulus dalam semua paper! :’)

Takde langsung kertas yang perlu diambil peperiksaan ulangan!!

Bagi yang mengenali eden sebelum ni, mesti tahu kan yang den kecundang masa Tahun 1 dulu. Terpaksa mengulang setahun pengajian. Jadi, dalam bertatih-tatih mengejar ilmu perubatan ni, Alhamdulillah Allah telah permudahkan. Den yakin yang Allah dah takdirkan eden dalam bidang ni.

Walaupun beberapa kali terganggu masa study, terutamanya dalam semester ni atas sebab2 peribadi, Allah masih permudahkan den untuk berjaya. Alhamdulillah.. :')

Jadi, sekonyong-konyong (betul kot guna perkataan ni? :p ) eden dah bercerita pasal matlamat jangka pendek den tadi, eden nak gak coretkan kat sini matlamat jangka panjang den.

InsyaAllah..
Semoga dipermudahkan eden untuk menjadi pakar dalam Perubatan Kecemasan suatu hari nanti. Dan juga dipermudahkan jodoh masa umur 25 tahun nanti. (#eh? ) Haha. Okbye.


Saturday, May 10, 2014

Gementar.

Bismillah..

Dah akhir module ke- 3 semester ni, baru la dapat update 1 lagi entry. Ini pon sebab tengah tunggu azan Maghrib. Rehat sebentar sebelum sambung balik study Neuroscience.

So far, memang tak berapa puas hati la dengan kualiti study semester ni. Hui hui.. T_T
Banyak gila! Tak ter-cover dengan baik lagi time end of module exam (EOM) lepas. Lusa plak dah eom Neuro. Err.

After ni module reproductive pulak. Module terakhir sebelum final exam! Dan hanya ada 2 minggu je sesi pembelajaran. >_<

Next; eom repro (30 May), study week seminggu, and final semester. Seminggu je. Untuk hadap 92 concept lecture dan SLP untuk 4 module. T_T

Tak tahu nak rasa apa dah. Belum campur MES dan lab practicals lagi. Errrr.

Dalam masa kurang dari 4 minggu sebelum final exam nih, dah, kena bahagi topic/day untuk study. But now, jom berhempas pulas dengan neuro dulu. Hiyark!

**dah macam diary pulak. Tapi terasa nak luahkan jugak.

Mohon di doakan semoga 1 batch dapat lulus dalam paper neuro untuk hari isnin ni. Dan doakan kami semua survived dalam final semester nanti. Aminn.

Assalamualaikum :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...