home

My photo
I dont judge people but I do observe. A quiet gurl but not my brain. Single yet i eat double. Praise me then u are my enemy, honesty is what i call friend. I dont hold back when i talk, soo.. dont get offended by that k.

Followers

Saturday, November 3, 2012

Udang Selimut Telur

Assalamualaikum.. :))

Buat pertama kalinya, saya nak berkongsi sesuatu yang lain dari kebiasaan entri2 saya sebelum ni. 
Kongsi resepi. Kira aci la kan ;p

Hidup sebagai student ni mesti nak yang serba ringkas dan kalau boleh cepat. Kan? Nak berjimat lagi..

Jadi, hari ni, kita akan teruskan ke sesi ketuk2 buku kuali bersama saya, LyndazDet ◕‿◕
Resepi yang Simple. Murah. Dan sedap! (angkat lagi..angkat lagi.. :p)

Masam. Manis. Pedas


Pening jugak nak kasi nama resepi ni sebenarnya..haha. Udang Selimut Telur (telur bungkus versi student :p ) Haha. Nama macam ape je. -.-

Bahan2

udang - terpulang nak letak banyak mana. Buang kulit, kepala, dan potong kecik2
*cili hijau @ cabai melaka - 4-5 biji. Boleh tambah kalo nak pedas
*bawang merah - 2 ulas
*bawang putih - 1 ulas
sos tiram - 1 camb
garam, gula secukup rasa
Telur - 1 biji

( kisar @ tumbuk bahan2 bertanda*. Kisar kering. Jangan letak air!)

Cara penyediaan

1. Panaskan kuali. Letak sikit minyak untuk tumis
2. Tumis bahan2 yang dikisar/ditumbuk. Kejap je. Agak2 macam masak sikit.
3. Masukkan udang, sos tiram. Goreng sampai udang masak/kemerahan.
4. Angkat udang. Ketepikan.
5. Telur didadar. Guna kuali yang sama (minyak sikit je! nak kasi telur tu juicy dengan bekas gorengan udang tadi.)
6. Tuang udang atas telur. Bungkus/roll/lipat. Siap! :D

**nak dadar telur siap2 pon takpe. Tapi kurang juicy la rasa telur tu. 


Hahaha. Siap jugak entri resepi! Awwhhh. Nak nangis! :')
Selamat mencuba!




p/s : sesuai dimakan begitu sahaja. Untuk yang diet tanpa carbohydrate, sangat2 sesuai la. Hikss. Sampai ketemu lagi... ^^




Lulus.

Alhamdulillah... :')

Module 1 dah habis belajar. Result pon baru keluar hari ni ( even module 2 pon dah nak habis -.-''). Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.....


Lulus. Lebih baik dari dulu dan banyak sangat beza dari dulu. Insaf. Alhamdulillah.. :")

Post ni sekadar 1 catatan peribadi. Harap anda semua mendoakan kejayaan saya di dunia dan akhirat. InsyaAllah..aminn.. 


"Kegagalan hanya akan menjadi titik permulaan kejayaan jika ada kesedaran dan tindakan. Usaha + doa + tawakal" LyndazDet

Sunday, October 21, 2012

Buluh

Assalamualaikum.. :)

Agak lama ye saya tak menulis kat blog ni. Dengan macam2 benda yang jadi, saya rasa kurang selesa untuk berkongsi sesuatu seperti selalu. Senang cerita.. rasa macam hilang idea terus.

So, permulaan kepada sem baru ni, walaupun dah masuk module ke-2 saya belajar, saya rasa saya patut bergiat aktif, menulis macam dulu balik. Ecewah!

Ayat nak skema je. -.-'

Ok. Ada 1 benda nak cerita sikit ni. Bukan gosip. Harap maklum.

Pernah dengar tak peribahasa, melentur buluh, biarlah dari rebungnya
Dulu ada 1 iklan kat tv, budak2 diajar menabung. Tabung pulak diperbuat dari buluh. Masa tu saya ingatkan buluh tu memang kena lentur2 untuk jadi tabung. Tak tahu pulak makna sebenar peribahasa yang diulang2 kat tv masa tu. Ye. Tak kreatif betul saya. -.-''

Baik. Maksud peribahasa ni sebenarnya (wah..macam cikgu pulak!) mendidik anak, biarlah dari kecil. Bila rebung dah jadi buluh, kau lentur atau bengkokkan macam mana pon, buluh tu tetap takkan berubah. Paling2 kuat, buluh tu akan patah.

Macam manusia jugak. Kalau dah tua bangka baru nak ajar jadi baik, memang parah la. Melainkan manusia tersebut dicampakkan hidayah dari Allah. ;)



Ni gambar saya ambil masa kat surau Jusco Bukit Mertajam semalam. Nampak tak betapa kita, sebagai orang dewasa ni sangat sangat sangat memainkan peranan penting kepada adik2, kanak2, dan juga anak2? Walaupun tak tahu bacaan dan rukun2 solat, budak ni still, ikut mak dia solat. Mak dia berwuduk, dia pon ikut berwuduk. Mak dia solat, dia pon solat. Rasa macam tersentuh je tengok semalam :')





........saya hilang idea. Tengah mencuba untuk menulis dengan cara baru. Maksud saya, gaya penulisan baru. Yang lebih matang dari dulu. Tapi setakat ni jela kali ni. Saya perlukan lebih latihan rasanya. :p

Terima kasih kepada yang sudi baca.. :')

p/s : idea ada. Tapi tak tahu nak luah macam mana. Isk. T.T


Tuesday, July 10, 2012

Keceramukan fikiran. Najwa Latip

Assalamualaikum..

Hai, hai dan hai..

Den nak update skit pasal hari ni. Macam diari la pulak kan. Sorry la sapa2 yg baca. Mood feminin pink sat. Pasai baru tukaq background blog. Mwahaha!

Hari ni agak pening skit. Nak balik kolej ke tak. Nak ke tak? 
Besok result Sem2 keluar. Fuuuuuuuuuuu!! Takot wey takot...Den tak harap A pon..den nak lulus je. Atas pagar pon takpe..isk!

Btw, atas pagar tu kira bersyukur sangat2 la. Susah. Susah sangat paper hari tu. Den taknak repeat!! Ya Allah..mudah-mudahan seluruh batch den lulus..AMIN...

Oh. Pasal tadi. Den dah ada kat kolej dah ni. Bertolak dari Alor Star pukul 6p.m. 
Oh lagi 1. Den hampir2 accident tadi!!!


Den speeding. Memang den tak reti bawak keta slow2. Tambah2 kat highway. Rasa macam pantang je dok line kiri. HAHA. Alkisah tadi.. den punyalah speeding. Tinggal lagi 500meter before Exit Bertam, den still kat line kanan skali. Plus, tengah laju, keta belakang pon asyik cucuk2. Sebelah kiri ada 2 biji kancil. Gila rapat den tekan minyak nak bagi lepas kancil 2 biji tu. Hampir2 terlepas simpang! Dan hampir2 berlanggar ngan kancil 2 biji tu n keta yang dok cucuk2 keta den tadi. Perghhh..menyirap darah masa berjaya masuk simpang.

Terketar-ketar pon ada gak. Berkecamuk. Jadi macam orang blur. Nasib baik tak belah sapa2 tadi. =.=''

Sampai je kat kawasan kolej, den masih blur. Rasa kosong. Macam Najwa Latip plak feeling den tadi. HAHA. Den lepak kedai makan dulu. Agak sejam gak r makan tadi. Sorang-sorang. Sah jiwa tengah kosong. Sebat aiskrim Mat-Kul hat masam 1 dalam keta. Dalam keta. Mati enjin. Makan ais dalam keta, depan kedai sorang-sorang. Lantak la sapa2 usha pon..

Kosong.Byee..

p/s : tengah sedap makan, mak call. Beg baju wa lupa bawak!!! Loker dah KOSONG! kosong.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...