home

My photo
I dont judge people but I do observe. A quiet gurl but not my brain. Single yet i eat double. Praise me then u are my enemy, honesty is what i call friend. I dont hold back when i talk, soo.. dont get offended by that k.

Followers

Saturday, November 3, 2012

Lulus.

Alhamdulillah... :')

Module 1 dah habis belajar. Result pon baru keluar hari ni ( even module 2 pon dah nak habis -.-''). Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.....


Lulus. Lebih baik dari dulu dan banyak sangat beza dari dulu. Insaf. Alhamdulillah.. :")

Post ni sekadar 1 catatan peribadi. Harap anda semua mendoakan kejayaan saya di dunia dan akhirat. InsyaAllah..aminn.. 


"Kegagalan hanya akan menjadi titik permulaan kejayaan jika ada kesedaran dan tindakan. Usaha + doa + tawakal" LyndazDet

Sunday, October 21, 2012

Buluh

Assalamualaikum.. :)

Agak lama ye saya tak menulis kat blog ni. Dengan macam2 benda yang jadi, saya rasa kurang selesa untuk berkongsi sesuatu seperti selalu. Senang cerita.. rasa macam hilang idea terus.

So, permulaan kepada sem baru ni, walaupun dah masuk module ke-2 saya belajar, saya rasa saya patut bergiat aktif, menulis macam dulu balik. Ecewah!

Ayat nak skema je. -.-'

Ok. Ada 1 benda nak cerita sikit ni. Bukan gosip. Harap maklum.

Pernah dengar tak peribahasa, melentur buluh, biarlah dari rebungnya
Dulu ada 1 iklan kat tv, budak2 diajar menabung. Tabung pulak diperbuat dari buluh. Masa tu saya ingatkan buluh tu memang kena lentur2 untuk jadi tabung. Tak tahu pulak makna sebenar peribahasa yang diulang2 kat tv masa tu. Ye. Tak kreatif betul saya. -.-''

Baik. Maksud peribahasa ni sebenarnya (wah..macam cikgu pulak!) mendidik anak, biarlah dari kecil. Bila rebung dah jadi buluh, kau lentur atau bengkokkan macam mana pon, buluh tu tetap takkan berubah. Paling2 kuat, buluh tu akan patah.

Macam manusia jugak. Kalau dah tua bangka baru nak ajar jadi baik, memang parah la. Melainkan manusia tersebut dicampakkan hidayah dari Allah. ;)



Ni gambar saya ambil masa kat surau Jusco Bukit Mertajam semalam. Nampak tak betapa kita, sebagai orang dewasa ni sangat sangat sangat memainkan peranan penting kepada adik2, kanak2, dan juga anak2? Walaupun tak tahu bacaan dan rukun2 solat, budak ni still, ikut mak dia solat. Mak dia berwuduk, dia pon ikut berwuduk. Mak dia solat, dia pon solat. Rasa macam tersentuh je tengok semalam :')





........saya hilang idea. Tengah mencuba untuk menulis dengan cara baru. Maksud saya, gaya penulisan baru. Yang lebih matang dari dulu. Tapi setakat ni jela kali ni. Saya perlukan lebih latihan rasanya. :p

Terima kasih kepada yang sudi baca.. :')

p/s : idea ada. Tapi tak tahu nak luah macam mana. Isk. T.T


Tuesday, July 10, 2012

Keceramukan fikiran. Najwa Latip

Assalamualaikum..

Hai, hai dan hai..

Den nak update skit pasal hari ni. Macam diari la pulak kan. Sorry la sapa2 yg baca. Mood feminin pink sat. Pasai baru tukaq background blog. Mwahaha!

Hari ni agak pening skit. Nak balik kolej ke tak. Nak ke tak? 
Besok result Sem2 keluar. Fuuuuuuuuuuu!! Takot wey takot...Den tak harap A pon..den nak lulus je. Atas pagar pon takpe..isk!

Btw, atas pagar tu kira bersyukur sangat2 la. Susah. Susah sangat paper hari tu. Den taknak repeat!! Ya Allah..mudah-mudahan seluruh batch den lulus..AMIN...

Oh. Pasal tadi. Den dah ada kat kolej dah ni. Bertolak dari Alor Star pukul 6p.m. 
Oh lagi 1. Den hampir2 accident tadi!!!


Den speeding. Memang den tak reti bawak keta slow2. Tambah2 kat highway. Rasa macam pantang je dok line kiri. HAHA. Alkisah tadi.. den punyalah speeding. Tinggal lagi 500meter before Exit Bertam, den still kat line kanan skali. Plus, tengah laju, keta belakang pon asyik cucuk2. Sebelah kiri ada 2 biji kancil. Gila rapat den tekan minyak nak bagi lepas kancil 2 biji tu. Hampir2 terlepas simpang! Dan hampir2 berlanggar ngan kancil 2 biji tu n keta yang dok cucuk2 keta den tadi. Perghhh..menyirap darah masa berjaya masuk simpang.

Terketar-ketar pon ada gak. Berkecamuk. Jadi macam orang blur. Nasib baik tak belah sapa2 tadi. =.=''

Sampai je kat kawasan kolej, den masih blur. Rasa kosong. Macam Najwa Latip plak feeling den tadi. HAHA. Den lepak kedai makan dulu. Agak sejam gak r makan tadi. Sorang-sorang. Sah jiwa tengah kosong. Sebat aiskrim Mat-Kul hat masam 1 dalam keta. Dalam keta. Mati enjin. Makan ais dalam keta, depan kedai sorang-sorang. Lantak la sapa2 usha pon..

Kosong.Byee..

p/s : tengah sedap makan, mak call. Beg baju wa lupa bawak!!! Loker dah KOSONG! kosong.

Tuesday, June 5, 2012

Bunian atau Hantu atau...

Hai hai kepada yang sudi jengah blog den yang agak lama tak ber-update ni :D


So, bulan ni den nak update 1 kisah seram..baru je jadi actually.

Cerita ini berdasarkan dari penceritaan kazen penulis.

Sabtu, 2 Jun 2012
3.00 pagi
Hentian sebelah, RnR Bukit Semanggol


Citer ni jadi kat husband kazen den. Dia dalam perjalanan balik ke Kedah dari KL. Husband kazen ni drive ngan adik ipar dia, berdua la kiranya. Tapi den bahasakan sebagai kazen jela dalam entry ni yer :) Malas nak taip panjang2..haha

Nak dijadikan cerita..
Si kazen ni mengantuk yang amat sangat masa around 3pagi. Drive punya drive.. RnR Bkt Semanggol je yg paling dekat dia dapat sampai. So, dengan mata yang dah gila2 ngantuk ni, dia decide nak berhenti tido kat situ.

Masa sampai tu, takde pengguna lebuh yang berhenti. Dorang jela kat situ. Yang ada cuma sorang pekerja ni. Dia tengok je kazen ni. Kalo tak salah kazen citer, dorang berhenti dekat ngan pondok yang memang tersedia kat RnR. Kat situ ada r 1 family ni. 2 perempuan, 1 budak n 1 laki. Semua pakai baju kaler putih. Si laki tu tengah tido. Yang pompuan 2 tu macam tengok2 gak kat keta husband kazen ni. Tapi si kazen buat tak kisah jela. Macam normal la kan..kalo orang tiba2 datang..mesti r kita usha. Kan ?

So, kazen ni pesan la kat adik ipar dia. Kejutkan dia dalam 15minit. Dia nak tido kejap. Tido punya tido..pesan punya pesan..Alih2 abang ipar skali ngan adik ipar tertido. Around 4.30pagi baru terjaga!

Kira dah hilang abes r ngantuk. Boleh la nak teruskan perjalanan. Time kazen ni bangun, dia tengok family yang pakai baju serba putih tadi masih lagi kat pondok tu. Yang 2 orang pompuan tu macam usha tajam je kat kazen ni.

Si kazen ni macam tak rasa apa2 lagi time tu. Pastu tiba2 dia tertengok kasut yang family ni susun...
FUHH! Teratur cantik!
Tapi.......

Kasut2 ni bukan saja tersusun cantik. Bahkan menarik! Semua kaler putih.Yang peliknya..setiap pasang kasut cuma ada sebelah!
Haaaaaa......Kalau korang la kat tempat kejadian..apa korang pikir??
Pagi2 buta yang suram lagi kelam plak tuuu..

Kazen den cakap, masa dia dah terasa ada somtin Weird jadi tu, pekerja yang masa mula2 dia nampak tu tengah siram pokok kat depan pondok tu. Tapi pekerja tu macam tak nampak ja ada 1 family tengah rehat2 kat situ. Kiranya kazen den sorang jela yang nampak..
Kalo adik ipar dia nampak jugak..memang haru la. Histeria tak pasal2 kang. So cepat2 la dia blah dari situ.

Btw, dia teringat. Orang tua2 citer, Bunian memang tak tanggal 22 kasut. Dorang cuma tanggal sebelah kasut je!
Yang kat pondok tu agak2 nya apa yer? huuu..

Alhamdulillah..tak da apa2 jadi sepanjang perjalanan balik tu.
Nasib baik takde penumpang tambahan....

BUT WAIT!

Citer ni dah di ulang citer berkali2 dengan makcik2 aku. Well..citer panas kan ;)
Cerita punya cerita..
Den terperasan ada 1 lagi benda kat citer ni.
Logik ke kalau orang siram pokok pagi2 buta? Sapa plak yang tengah siram pokok pagi tu?


Abes meremang den ngan makcik2 den! T.T


** jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri... **

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...