home

My photo
I dont judge people but I do observe. A quiet gurl but not my brain. Single yet i eat double. Praise me then u are my enemy, honesty is what i call friend. I dont hold back when i talk, soo.. dont get offended by that k.

Followers

Wednesday, November 23, 2011

Apa akan jadi kalau blog mula bersuara?

Assalamualaikum..

Dah lama aku tak update entry kan? Sebetulnya aku kekeringan idea. Bukan aku tak cuba. Bahkan berkali-kali! Tapi tak mampu untuk aku bermadah merapu lagi. Hilang mood! Hilang mood disebabkan kesibukkan melayan masalah2 dalam study yang menimbun.

Entry ni memang bukan entry merapu sebagaimana dulu. Terserah kepada anda. Ingin teruskan pembacaan, atau  sampai di sini saja.

Sesak. 
Pemikiran dan perlakuan yang tidak selaras. Tidak seirama. Jujur aku penat.
Penat memikirkan penyelesaian bagi masalahku. Mampukah aku meneruskan pengajian dalam bidang ni lagi?
Berundur atau tidak?

Medic. Satu skop yang tidak pernah terlintas dibenak mindaku selama aku bergelar pelajar sekolah menengah! Namun kejayaanku menginjakkan kaki dalam bidang ini sebenarnya telah menimbulkan seribu satu pertanyaan kepada diriku sendiri. Zaman Pre-Medic telah lama berlalu. Dan sekarang aku sedang berjuang untuk menghabiskan degree dalam masa 5tahun.

Jika masa mampu diputar kembali, memang aku taknak masuk bidang ni! Minat ku pada angka. Betapa mudah mengira dari menghafal! Dan sekarang, setiap detik, aku tak mampu menahan diri dari menyesali bidang yang aku ceburi ini.

Sedih. Kerana aku umpama tidak bersyukur dapat belajar dibidang ini. Padahal beribu-ribu manusia lain yang berharap dapat mengisi tempatku. Aku faham bahawa Allah tidak sekali-kali membebankan hambanya dengan sesuatu di luar kemampuan hambanya..
Namun.. nafsuku tetap menyalahkan orang lain, kerana seolah-olah mereka yang memaksaku untuk mengambil bidang ini suatu masa dahulu.
Ini yang aku dambakan! Bukan hafalan!!

Mak dan abah. Sesungguhnya kakak tak sanggup nak further dalam bidang ni lagi. Tapi, berundur tidak sesekali! Doakanlah kakak boleh harungi semua kesusahan menghafal dan memahami setiap yang kakak pelajari. Kerana sesungguhnya kakak sangat benci untuk membaca dan menghafal!! isk! T.T

*kalaulah mak dan abah baca ni.. (tapi tak mungkin! T.T )

Jujur. Aku tertekan!

Friday, November 11, 2011

Tekanan.

Tak tahannyaaa!

Banyaknya nak kena study. Nak kena ingat.
Argh! Tekanan melampau-lampau!

Nak nangis!! :''(

Wednesday, November 9, 2011

Fakta : Broadband slow mampu menambah-baik bahasa!


Bukan entry wordless mahupon speechless
Bukan jugak cliche mahupon Perancis



Ditambah lagi dengan post2 bermadah pujangga bukannya cinta d facebook rakan-rakan saya.
Ouch!
Broadband.. sampai hati anda!

Tuesday, November 1, 2011

Imaginasi seorang budak

Imaginasi yang sangat tinggi!

Baru2 ni aku sembang2 la dengan mak aku. Kongsi2 kisah lama. Nostalgia2 lama.. Best gilak wa cakap lu! Aku rasa aku berjaya membuatkan mak aku rasa muda!

Ah! Mesti korang ingat aku sweet kan?

Ada satu kisah. Kisah pasal aku. Aku tak sure lak umo aku berapa time tu. Dan aku lupa. Padahal mak aku ada cakap hari tu. Haih..ni mesti sebab aku makan kepala ikan bilis baru2 ni. Ciss!

Ok. Yang pasti, umo aku dalam 2 atau 3 tahun la. Sebab aku je anak mak aku time tu. Adik aku cakap dia nak lepak dalam perut mak aku dulu.
Punyalah tinggi imaginasi aku..

Berbalik pada 1 kisah ni..

Korang pernah naik sampan tak? Bot ke? Pernah? Pernah?!
Aku rasa aku tak pernah.

Tapi ini kisah tentang sampan dan aku.

Sampan kecil itu..
Aku rasa masa aku kecik2 dulu aku sangat teringin nak naik sampan. Atau mungkin bot? Aku rasa bapak aku pernah nak bawa aku naik. YA!

Memang pon! Time aku type ni pulak aku boleh teringat. Haha
Hebat gak long-term memory aku nih. Aiseh..

Tapi bila dah sampai kat jeti tu, aku rasa macam tak jadi nak naik. Sebab aku takot. Takot air la lettew..

Walaubagaimanapun..hasrat aku tidak terkubur begitu saja.

Satu hari yang tenang tu. Rasanya time tu mak aku tengah sibuk masak2 untuk tengahari kot. Aku cilok tudung saji mak aku. Tudung biru berbentuk seperti tempurung kelapa yang dibelah tengah. Tudung itu diperbuat daripada plastik. Dan bukannya dari tempurung kelapa. Harap anda tidak keliru!






Senyap2 aku amik marker yang bapak aku letak kat white board. Ye. Bapak aku rajin ngajar aku guna white board nih! ;)

Tudung saji itu aku terbalikkan. Jadi.. ia menjadi tidak stabil. Kejap2 tebalik ke kanan.. kejap2 ke kiri. Selamber je aku masok dalam tudung saji tu. Bersila dalam tudung saji. Aku goyang kepala aku ke kiri dan kanan. Kiri.. kanan.. Sekali ngan badan pon ikut skali rentak kepala aku. Aku ingat lagi. Aku rasa macam terumbang ambing.

Ah! Korang pon goyang2 kepala ke? Hmmpp...
Bukan terbalik macam ni. Arah 1 lagi. Ke ATAS

Macam ape je. Umpama diriku berada dalam sampan kecil. Teralun-alun mengikut rentak alunan ombak laut. Sambil2 tu. Boleh pulak aku amik marker biru bapak aku, den aku buat corak alun2 kat dinding! Pergh! Nak jugak ada bayangan air laut!

Kesudahannya.. Bapak aku punyalah terkejut! Dinding tu baru je dia cat. Putih bersih plak tu. Dek kerana aku yang berimaginasi tinggi ni.. Haih..

Ingat senang2 je ke boleh lepas? Padan muka aku! Free je kena tangan ngan bapak aku. Dia suruh aku padam balik kesan marker pen tu kat dinding. Dalam Kesedihan aku amik kain buruk. Basahkan. Dan aku sental dinding tu. Tragik jugak lah wa cakap lu! Mana mungkin kesan marker pen biru itu mampu hilang begitu sahaja! Berilah aku sabun Varnish sekalipon!

Tapi sekarang. Bila aku teringat balik. Aku rasa macam.. HAHA. Lawak gila ah! Sampai macam tu sekali aku teringin nak naik sampan!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...